Thursday, May 25, 2017

Ketahui Punca Lendiran Degil Dalam Tekak

Phlegm atau lendiran dalam tekak ialah cecair pekat dan melekat yang dihasilkan oleh membran mukus. Ia terdapat di sepanjang saluran pernafasan kita dan fungsi utamanya adalah memerangkap habuk dan bendasing daripada masuk ke paru-paru.

Lendiran ini lebih dikenali sebagai kahak. Antara punca utama berlakunya pembentukan lendiran ini ialah:
• Allergik: alahan pada habuk dan bendasing menyebabkan pembentukan lendiran yang lebih cepat bagi mengumpulkan bendasing tersebut dan membuangnya melalui batuk.
• Jangkitan virus: ini anda boleh lihat pada warna kahak anda. Kalau ia bewarna kuning atau hijau pekat, kemungkinan saluran pernafasan anda telah dijangkit virus atau bakteria dan perlu kepada antibiotik.
• Luka pada tekak: ini juga antara faktor yang menyebabkan pengumpulan lendiran ini.
• Merokok: tabiat merokok akan menyebabkan lendiran pada tekak dan sukar dibuang. Selalunya masalah ini akan berlanjutan kepada paru-paru selalu berlendir (chronic bonchitis) dan paru-paru rosak sehingga sukar bernafas (emphysema).

Kalau dengan kadar sedikit, lendiran ini tak mendatangkan apa-apa masalah. Tapi kalau banyak, ia mungkin akan menyempitkan saluran pernafasan (broncohspasm) dan boleh menyebabkan asma. Jadi anda kena selalu buangkannya. Ia boleh dibuang dengan cara batuk atau keluar sekali dengan najis dengan cara menelan lendiran tersebut.

#AsmakGold #MinyakHerbaAsmak #MHAMSB



No comments:

Post a Comment