Kehadiran
anak pertama selalunya paling tak sabar dinantikan oleh ibu dan ayah.
Segala kasih sayang dan perhatian dicurahkan sepenuhnya kepada anak
pertama.
Anak
pertama membesar sebagai anak yang kadangkala mempunyai tingkah laku
lain daripada yang lain.Tetapi biasanya perlakuan tersebut akan berubah
bila dia sudah mempunyai adik beradik lain, sehingga kasih sayang yang
pada awalnya tertumpu kepada anak pertama perlu dibahagi sama rata
dengan adiknya. Hal ini yang membentuk keperibadian anak pertama
sehingga kelihatan pelik dan berbeza dengan anak yang lain.
Anak
pertama mempunyai beberapa keunikan tersendiri berbanding adik-beradik
yang lain. Mereka selalunya mempunyai beberapa sifat seperti
bercita-cita tinggi, bertanggungjawab serta sifat-sifat positif lain.
Berikut adalah beberapa fakta anak pertama yang jarang disedari oleh
orang lain.
Namun
demikian biarpun dikatakan pelik dan berbeza, sikap yang dimiliki oleh
si anak biasanya dipengaruhi oleh didikan kedua ibu bapanya.
1. Mudah belajar perkara baru
Anak
pertama selalunya lebih pintar berbanding adik-beradik lain. Mereka
selalunya menjadi pelajar yang mudah mempelajari sesuatu yang baru.
Mereka mendapat kelebihan berbanding adik beradik lain kerana sebaik ibu
ayah memberikan sempenuh tumpuan dan perhatian dalam semua aspek
termasuk rangsangan awal perkembangannya. Dengan kata lain, keterujaan
ibu dan ayah yang pertama kali bergelar ibu bapa memberi kelebihan
kepada anak pertama.
2. Sangat berdikari
Sekiranya
dalam usia masih kecil mereka sudah mempunyai adik maka ciri-ciri
berdikari anak pertama sangat terserlah. Secara semula jadi anak pertama
perlu menjadi individu yang pandai berdikari apatah lagi ketika itu
perhatian ibu ayah lebih tertumpu kepada adik baru. Tidak hairanlah anak
pertama lebih matang dan berdikari dalam banyak hal apabila mereka
semakin besar kelak.
3. Lebih kreatif
Maksud
anak pertama lebih kreatif adalah sangat luas. Mungkin ramai yang tidak
bersetuju kerana sifat kreativiti tidak dipengaruhi oleh urutan
kelahiran seseorang. Tetapi bila diperhatikan kebanyakan anak pertama
mempunyai ciri-ciri lebih kreatif berbanding anak yang lain.
Kreativiti
mereka terbentuk kerana sudah terbiasa dengan permasalahan yang
dihadapi sejak kecil. Anak pertama adalah seorang problem solving yang
handal dalam menyelesaikan masalah. Oleh kerana itulah anak pertama
mempunyai kreativiti yang tinggi berbanding anak yang lain.
4. Mudah empati pada orang lain
Sifat
ini mungkin atas dasar tanggungjawab terhadap adik-adiknya. Kerana
itulah anak pertama boleh memberikan perhatian lebih terhadap orang
lain. Selain itu rasa empati yang tinggi juga membuatkan anak pertama
lebih mudah memahami perasaan orang lain. Biasanya walaupun mereka agak
garang dan tegas pada adik-adik yang lain tetapi cepat rasa kasihan dan
sedih apabila adik-adiknya dimarahi oleh ibu atau ayah.
5. Bertanggungjawab tapi mudah stres
Ibu
dan ayah selalunya akan menekankan sifat tanggungjawab lebih kepada
anak pertama berbanding anak yang lain. Ia bukan sahaja terhadap diri
sendiri tetapi juga kepada adik-adiknya. Oleh kerana sifat itulah anak
pertama akan mengejar kesempurnaan dalam setiap tugasnya sehingga mudah
merasa tertekan.
6. Ketua yang bercita-cita tinggi
Sebagai
anak pertama yang sudah terbiasa dengan tanggungjawab menjaga
adik-adiknya membuatkan ciri kepimpinan ada dalam diri mereka. Oleh itu
tidak hairanlah kalau anak pertama selalu kelihatan lebih menonjol di
sekolah sehingga sering dilantik untuk memimpin sesebuah persatuan atau
aktiviti.
Sifat
kepimpinan mereka ini sangat bagus jika disalurkan kepada sesuatu yang
positif seperti memberi ilmu tentang kepimpinan dan berbagi info lain
menyokong kemampuan mereka memimpin. Dengan cara ini mereka mampu
menjadi bakal pemimpin yang hebat dalam keluarga, masyarakat bahkan
negara satu hari nanti.
7. Mudah terkena penyakit
Ciri
ini mungkin dari sisi negatif dari anak pertama iaitu daya tahan tubuh
yang agak lemah sehingga cenderung mudah diserang penyakit terutama
masalah alergi. Ini telah dibuktikan secara ilmiah menerusi kajian yang
mendapati gen ibu bapa yang diturunkan kepada anak pertama cenderung
menurunkan keadaan tersebut.
Biasanya
anak pertama mempunyai beberapa alergi tertentu. Kepada ibu bapa yang
baru mempunyai anak sebaiknya elakkan anak dari tempat atau individu
yang berpotensi menyebarkan virus atau bakteria yang berbahaya kepada
kesihatan anak pertama anda.
Adakah antara karektor anak pertama di atas sama dengan sifat anak anda?
kredit info : Majalah Pa&Ma
No comments:
Post a Comment