Menggunakan produk-produk dari bahan kimia sememangnya memperoleh hasil yang terbaik dan segera. Namun, jika kita memikirkan kesan di kemudian hari, kita pasti berfikir dua kali. Bukan sekadar kesan buruk yang kita takuti, namun kos yang perlu di bayar untuk mendapatkan hasil terbaik.
Pada amnya, kesihatan rambut kita mencerminkan kesihatan dan keperibadian seseorang individu. Seringkali di katakan, rambut adalah mahkota, terutama kaum hawa.
Oleh sebab itu, cara terbaik untuk melebatkan rambut, adalah dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang ada di sekeliling kita. Mudah dan murah bukan? Cara seperti ini memberi kesan yang agak kecil dan selamat. Ia tidak dapat memberi kesan serta merta dan memerlukan masa serta kesabaran untuk mendapatkan hasil yang lumayan.
Jom kita lihat cara-caranya :
1) Lidah buaya
Bahan pertama ini terbukti berkesan untuk melebatkan rambut. Lidah buaya atau Aloe Vera banyak digunakan dalam pembuatan produk-produk kesihatan dan kosmetik kerana ia memberi kesan dan berkhasiat.
Selain itu, lidah buaya juga dapat digunakan sebagai bahan untuk menghitamkan rambut secara semulajadi. Banyak syampu terkemuka, menggunakan ekstrak lidah buaya sebagai bahan utama dalam pembuatan produknya.
Jika anda ingin menggunakan lidah buaya untuk mengatasi masalah pada rambut anda, caranya sangat mudah.
- Kupas kulit luar lidah buaya tersebut dan ambil ekstraknya
- Ramas bahagian dalam atau isi untuk mendapatkan lendirnya
- Oleskan lendir lidah buaya tersebut ke seluruh bahagian rambut sambil meramas atau memijit kulit kepala.
- Tunggu hingga 15 minit
- Kemudian bilas menggunakan air sampai bersih.
Sumber : http://www.pengensehat.com/obat-tradisional-melebatkan-rambut-alami.htm
Gambar : Sumber google
No comments:
Post a Comment