Sunday, February 26, 2017
INHALER ADA BANYAK JENIS, ANDA GUNA YANG MANA SATU?
Yes, memang betul. Inhaler ada macam-macam jenis dan fungsi. Dan biasanya jenis-jenis inhaler ni dapat dibezakan dengan warna penutup ni.
Kalau kita ada anak kecil yang menhidap asma, kita nak standby inhaler yang mana satu? Sebab kalau tersalah pilih inhaler, lain jadinya nanti.
Hari ni Izah nak cerita pasal jenis-jenis inhaler yang terdapat di pasaran.
1# Reliever (short-acting)
Inhaler jenis ni biasanya berpenutup warna biru pekat. Inilah inhaler yang paling popular dan paling banyak digunakan. Kalau nak tahu, inhaler ni lah yang paling sesuai untuk waktu-waktu kecemasan, sebab kesannya pantas. Tapi tak sesuai untuk serangan asma yang lama.
2# Controller (long-acting)
Inhaler jenis controller ni tak sesuai untuk waktu-waktu kecemasan, sebab fungsi dia lambat sedikit. Kalau tanda-tanda serangan asma tu tak berapa jelas dan teruk, bolehlah pakai.
Tapi kalau serangan asma tu lama, selepas pakai yang reliever bolehlah pakai yang ni.
Biasanya inhaler ni penutup dia warna biru cair.
3# Preventer
Kalau nampak inhaler yang penutup dia warna merah, haa..itu lah dia inhaler dari jenis preventer. Kesan dia tak nampak sekarang, tapi boleh rasa dalam jangka masa panjang. Fungsi dia untuk mencegah serangan asma, tapi cuma sebagai ikhtiar je. Untuk mencegah ye, bukan untuk memulihkan.
Kesimpulannya, tugas inhaler ni cuma sebagai melegakan saja, bukan untuk memulihkan. Dan cara-cara menggunakan inhaler pun ada teknik-teknik dia, bukan sebarangan je. Kalau Izah nak terangkan, ada yang nak baca ke? Kalau ada nanti Izah cerita lagi.
#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment