Thursday, February 2, 2017

Tanda-tanda Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut

Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut – Dah Periksa Tanda-tanda Pada Anak Anda?

Tak sangka, ramai rupanya yang bertanyakan tentang penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HMFD) ni. Untuk pengetahuan semua, penyakit ni SANGAT biasa di negara-negara Asia. Kalau diingat balik, penyakit ni dulu pernah menjadi wabak yang serius di negara kita. Seluruh Malaysia ada saja kes, sampai nurse punya cuti pun dibekukan.

Sebagai ibu dan bapa, kita kena bijak mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit ini. Bila dah kenal, mudah untuk ambil tindakan awal.

Tanda-Tanda Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Bermula dengan demam yang normal, biasanya 1-2 hari.
Sehari atau 2 hari selepas demam pulih, bahagian sekeliling mulut mula sakit. Biasanya terdapat bintik merah akan timbul dan kemudiannya menjadi ulcer. Bahagian yang terlibat seperti lidah, gusi, dan bahagian dalam pipi.


Bahagian tapak tangan dan tapak kaki akan terdapat “rashes”, dan kadangkala disertai dengan gelembung air. Selain itu, kawasan alat kelamin juga boleh terkena symptom tersebut.
.
Sebaik-baik kepastian adalah melalui doktor. Jika symptom-simptom di atas terjadi dalam susunan (demam – sakit mulut – rashes di tangan dan kaki), maka segeralah bawa anak pergi ke hospital yang berhampiran.


#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
#NasTeamEmpire

Semoga bermanfaat buat semua :)

Nurhafizah Ibrahim
SA00412



                      

No comments:

Post a Comment