Wednesday, May 3, 2017

Buat Biskut Bayi Guna 2 Bahan Sahaja. Yang Penting Berkhasiat Untuk Si Manja!



"Dah suap bubur pun, si Hasya ni masih lagi nak gigit mainan dia ya. Lapar lagi ke anak aku ni? Ke nak kena bagi dia biskut baby. Biar boleh gigit-gigit?"
Sebenarnya bila bayi anda sudah berusia 7 - 8 bulan, dia sudah boleh diberi makan biskut. Ini kerana dalam fasa ini, bayi perlu dirangsang kemahiran gusi sebagai persediaan tumbuh gigi.

Ramai ibu yang gemar beli biskut bayi yang ada dijual di pasaran. Tetapi sebenarnya biskut yang dijual secara komersial sudah tentu mengandungi kandungan gula dan bahan pengawet tertentu untuk bagi ia tahan lama. Walaupun dikatakan selamat untuk bayi namun kita patut lebih risau tentang kesan jangka panjangnya.
Lebih baik ibu buat sendiri biskut untuk bayi. Terjamin selamat dan sihat. Tak tahu buat? Senang saja buat biskut bayi. Guna dua bahan sahaja. Ibu dan ayah pun boleh tumpang makan sekali.


Bahan-bahan:
1/2 cawan rolled oats organik
1/2 cawan puri labu atau
1/2 cawan pisang yang dilenyek atau
1/2 cawan puri epal
Bahan tambahan (jika suka)
segenggam kismis
segenggam kurma (dicincang)
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Cara membuat:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C.
2. Kisar rolled oats organik sehingga menjadi tepung oat.
3. Campurkan tepung oat dan puri labu. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan bahan tambahan (jika letak).
5. Buat doh menjadi bentuk bulat dan letakkan di atas dulang pembakar yang sudah dialas dengan baking sheet.
6. Bakar biskut kira-kira 12 - 18 minit, bergantung pada saiznya.
Untuk memvariasikan pilihan biskut si manja, anda boleh buat beberapa jenis perisa. Anda hanya perlu menukar bahan puri mengikut citarasa bayi anda. Selain tiga bahan cadangan di atas, anda boleh gunakan pir, ubi keledek, avocado dan lain-lain lagi.



Selain itu penggunaan rolled oats menjadi tepung sesuai untuk bayi berusia 6 - 12 bulan. Jika anak anda sudah berusia setahun ke atas, rolled oats tidak perlu dikisar halus menjadi tepung lagi.
Mudah kan? Semoga bayi anda berselera makan biskutnya dan yang penting ia berkhasiat untuk tumbesaran si manja. Oh, ya biskut ini juga sesuai dimakan oleh ibu dan ayah kalau tengah berdiet. Bahkan kandungan oat juga membantu meningkatkan penghasilan susu ibu.
 
Sumber: ovenhaven.wordpress.com

Kredit info : Majalah Pa&Ma

No comments:

Post a Comment