Tuesday, May 2, 2017
Buat Sendiri Suplemen Makanan Sunnah Untuk Kuatkan Imun Badan Anak
Jika nak badan sihat, kita mestilah amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Selain itu kita juga digalakkan mengambil makanan tambahan atau suplemen terutama yang diperbuat daripada makanan sunnah.
Memang di pasaran ada bermacam suplemen makanan sunnah boleh dibeli tapi kadangkala dengan harga yang agak mahal kita pun berkira nak beli.
Apa kata buat sendiri suplemen untuk kegunaan seisi keluarga. InsyaAllah badan sihat dan bertenaga. Pahala pun dapat sebab amalkan makanan sunnah!
Resipi buat sendiri suplemen daripada facebook Puan Siti Hanisah Azhari yang juga seorang ibu yang sedang hamil sangat bermanfaat untuk semua.
Mak buyong nak share resepi supplement makanan sunnah yang mak buyong rajin buat untuk anak-anak dan keluarga mak buyong.
Nak beli mahal sangat, so kita buat sendiri sambil kita baca surah2 dan ayat penerang hati.
1kg madu,
Sebotol pati kurma,
Sebotol pati delima,
Sebotol kecik minyak zaitun,
Suku botol kecik minyak habatul sauda,
Campurkan dalam bekas plastik, kacau sampai sebati menggunakan senduk kayu atau plastik.
Dah betul-betul sebati, masukkan dalam botol kaca atau plastik.
Minum sesudu setiap pagi dan malam,
Amat bagus untuk perkembangan dan antibodi anak-anak dan kita.
Ejas rasa ikut selera kita, kalau boleh jangan lebihkan minyak habatul sauda, kerana ia bersifat panas, dan anak-anak yang tak biasa agak kurang mengemari.
Tak yah dah nak beli kat luar, kita sebutkan la nama anak-anak kita seorang demi seorang berserta doa kita untuk zahir dan jiwa mereka.
Inilah rupanya apabila telah siap dibuat.
Jadi selepas ini boleh buat sendiri supplemen ini di rumah. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan paling penting 100 peratus halal. Selain boleh disimpan untuk stok, boleh juga dikongsi bersama anak-anak buah yang datangke rumah.
Sumber: Facebook Siti Hanisah Azhari
kredit info : Majalah Pa&Ma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment