Monday, March 20, 2017

NAK JADI PRESIDEN, KENA ADA PENYAKIT DULU



Ingat orang ada penyakit asma tak boleh berjaya ke??

Beberapa hari lepas, saya ada terfikir..kenapa tuhan beri penyakit kepada sesetengah orang, tapi tak beri kepada orang yang lain ye?

Lama juga saya termenung dok mikir pasal tu. Yelah kan, kadang2 tu kite tengok orang yang tak berapa nak baik perangai dia (perangai macam s*tan), jarang betul dapat penyakit. Yang baik soleh ni la yang jadi sarang penyakit. Kenape ek? (Saya orang johor, mesti guna perkataan ‘ek’ tu. Wajib)

“Ish..ni yang aku tak puas hati ni. Aku mesti carik jugak jawapan dia” saya bermonolog dalam hati. Hati saya tak puas. Berkobar-kobar.

Dengan pantas saya cepat-cepat capai smartphone saya atas meja dan buka apps “Chrome”. Saya terus google pasal tu.

KISAH-KISAH ORANG TERKENAL

Dipendekkan cerita, saya jumpa satu artikel yang sangat-sangat-sangat MENARIK.

Artikel tu bercerita pasal tokoh-tokoh di dunia yang mempunyai penyakit.

Dalam sejarah, ada beberapa orang terkenal yang mempunyai penyakit asma.

Sesetengah dari mereka adalah pemimpin kepada sebuah negara yang mempunyai beratus juta penduduk. Akak, Malaysia ni cuma ada 27 juta je penduduk dia. Ni beratus juta beb! Bukan main-main punya.

Amerika Syarikat contohnya, 5 orang yang pernah menjadi Presiden negara tersebut adalah penghidap asma (Calvin, Clinton, JFK, Roosevelt, serta Wilson)

“Biar betul..5 orang tuu..diorang ni memang undi orang yang ada penyakit je ke?” Eh ke situ pulak otak saya melalut.

Manakala 3 orang daripada penerima Nobel Prize juga adalah penghidap asma.

Ingat senang ke nak dapat anugerah Nobel tu? Kat atas bumi ni ada lebih 6 bilion manusia. Tapi yang pernah menerima Anugerah Nobel alahaii…ciput je. Tak sampai pun 300 orang.

RAHMAT TUHAN TAK PERNAH SALAH ALAMAT

Nampak tak, Tuhan tarik satu nikmat, Dia beri anugerah lain yang lebih besar. Kebolehan lain yang berjuta-juta penduduk bumi lain tak ada.

“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan” Ayat ni diulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman. Allahu..

Sebelum saya google tadi, saya dah termenung. Sekarang ni sambung termenung lagi..

kerdil je kita ni kan?

Ok, berbalik kepada penyakit tadi. Bukanla maksudnya penyakit tu tak perlu rawat, ye tak?

Usaha mestila kena buat.


#info by MHAMSB


No comments:

Post a Comment