Friday, March 24, 2017

INHALER ASMA BUKAN PENYEMBUH #2





Semalam saya ada janji sesuatu kan? Nak terangkan macam mana inhaler tu bertindak semasa asma menyerang dgn tiba-tiba, betul?

Baiklah..

Begini. Semasa asma menyerang, otot di sekeliling dinding salur pernafasan akan mengembang, dan akibatnya pesakit akan susah nak bernafas (yang ini semalam saya dah explain).

Jadi, kita akan menyembur inhaler tersebut ke arah kerongkong. Di dalam inhaler tu, ada sejenis bahan (ubatan) yang akan meresap ke dalam otot-otot yang mengembang tu. Dan akhirnya, otot yang mengembang tu akan ‘dilegakan’ dan mengecut.

Seterusnya? Salur udara akan terbuka kembali. Selepas itu barulah pesakit boleh bernafas dengan lega.

Tapi yang tak berapa cantiknya, kesan inhaler kepada asma cuma sementara saja. Tak kekal. Untuk penghidap asma yang teruk (kronik), asma akan kembali lepas beberapa jam.

Dah pernah cuba ikhtiar lain selain inhaler?


#info by MHAMSB

No comments:

Post a Comment