Thursday, March 23, 2017

MALAPETAKA KEPADA PESAKIT ASMA AKIBAT ASAP ROKOK


Apa yang berlaku kepada salur pernafasan sebaik sahaja terkena asap rokok?

Peringkat Pertama

Di saat sel-sel di sekeliling salur pernafasan terkena asap rokok, lapisan permukaan salur tersebut akan mula membengkak. Tapi anda tak akan perasan. Tak kisah sama ada anda perokok ataupun ‘second-hand smoker’. Kesannya tetap sama.

Kalau diameter salur tu masa normal 5cm, bila dah membengkak akan jadi makin sempit. Mungkin tinggal 2cm je.

Peringkat Kedua

Pernah dengar perkataan ‘mucus’? Di peringkat kedua inilah mucus tu akan terbentuk di permukaan salur pernafasan. Mukus tu melekit dan mengambil masa yang lama nak hilang. Alah, ibarat paip di sinki yang dipenuhi sisa makanan lama, macam tu lah.

Peringkat Ketiga

Haa..masa ni dah agak terlambat. Mukus yg terbentuk tadi dan ditambah pula dengan salur yang membengkak tu, akan menyebabkan salur pernafasan tersumbat. Sebab tu orang yg ada asma boleh tercungap-cungap macam ikan yang naik di daratan. Sentiasa tak cukup nafas.

Laluan udara ke peparu dah tersekat. Macam mana udara nak sampai?


Dan yang sangat tak menyeronokkan tu, effect asap rokok tu boleh ‘membatalkan’ kesan ubat yang kita ambil. Maksudnya, SIA-SIA makan ubat tapi orang kat sekeliling kita menghisap rokok. Kita yang jadi mangsa.

Kesimpulannya, tiada yang baik datang dari rokok. Kenapa orang masih merokok ye?


#info by MHAMSB

No comments:

Post a Comment