Thursday, March 30, 2017

5 Manfaat Yang Ibu Akan Dapat Bila Selalu Mengurut Bayi




Aktiviti mengurut bayi adalah aktiviti yang paling bermakna sekali untuk ibu. Mana taknya, ketika mengurut inilah kita boleh berinteraksi dengan rapat dengan anak yang belum mengerti apa-apa.

Setuju tak kalau Izah katakan yang bayi yang selalu diurut akan lebih rapat dengan orang yang mengurut? Mesti akak-akak perasan kan? Ada 5 sebab mengapa mengurut bayi itu mempunyai banyak manfaat:

Sebagai cara untuk lebih rapat dengan anak.
Membantu anda lebih yakin untuk mengendalikan keperluan bayi.
Kajian menunjukkan urutan sebagai interaksi dua-hala antara ibu dengan bayi
Bayi lebih mudah tidur. Apabila diurut, otot lebih rilek dan pernafasan bayi lebih teratur.
Jika anak ada penyakit seperti Down’s Syndrome atau Cerebral palsy, urutan adalah cara berkomunikasi terbaik untuk mereka.


#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak






No comments:

Post a Comment