Thursday, March 30, 2017

5 Manfaat Yang Ibu Akan Dapat Bila Selalu Mengurut Bayi




Aktiviti mengurut bayi adalah aktiviti yang paling bermakna sekali untuk ibu. Mana taknya, ketika mengurut inilah kita boleh berinteraksi dengan rapat dengan anak yang belum mengerti apa-apa.

Setuju tak kalau Izah katakan yang bayi yang selalu diurut akan lebih rapat dengan orang yang mengurut? Mesti akak-akak perasan kan? Ada 5 sebab mengapa mengurut bayi itu mempunyai banyak manfaat:

Sebagai cara untuk lebih rapat dengan anak.
Membantu anda lebih yakin untuk mengendalikan keperluan bayi.
Kajian menunjukkan urutan sebagai interaksi dua-hala antara ibu dengan bayi
Bayi lebih mudah tidur. Apabila diurut, otot lebih rilek dan pernafasan bayi lebih teratur.
Jika anak ada penyakit seperti Down’s Syndrome atau Cerebral palsy, urutan adalah cara berkomunikasi terbaik untuk mereka.


#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak






Wednesday, March 29, 2017

RESDUNG – ANAK-ANAK SAYA PUN BOLEH TERKENA JUGA KE?





Hai semua. Izah nak bercerita sikit pasal resdung. Tak ramai yang perasan, semua orang ada risiko menghidap resdung. Ada juga resdung yang kronik, dan ada juga yang dalam peringkat permulaan.

Tapi, bukan sikit yang keliru antara resdung dengan penyakit biasa.

Maksud Resdung?

Resdung atau RADANG SINUS boleh terjadi bila terdapat jangkitan pada rongga sinus, iaitu rongga yang memberi kelembapan kepada hidung. Nampak tak dalam gambar tu? Haa..itulah dia rongga sinus tu..

Siapa Boleh Terkena Resdung?

Semua orang termasuk kanak-kanak boleh terkena resdung. Tiada had umur bagi penyakit ini.

Penyebab Resdung?

Ada macam-macam sebab jangkitan resdung.
1) Virus
2) Bakteria
3) Kulat
4) Alahan
5) Ketumbuhan dalam hidung

Esok Izah akan sambung cerita lagi mengenai TANDA-TANDA seseorang tu dah terkena resdung atau belum. Stay tuned!


#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak





Tuesday, March 28, 2017

KENAPA TERLALU BANYAK PANADOL TAK BAIK UNTUK KESIHATAN – Siri 1


Biasanya, kalau sakit kepala apa yang terlintas di fikiran? Mesti Panadol kan? Yes, dulu pun Izah memang terlalu bergantung kepada Panadol bila sakit kepala. Asal sakit kepala je mesti cari Panadol. Itu tak campur lagi dengan selesema dengan demam lagi. Ajaib betul Panadol ni kan. Semua boleh rawat.

TAPI…

Food and Drug Administration (FDA), iaitu badan rasmi yang mengawal selia makanan serta ubat-ubatan di seluruh dunia telah memberi amaran pada tahun 2014 mengenai bahaya jika terlalu bergantung dengan Panadol. Kenapa ya?

Panadol mempunyai kaitan dengan sakit jantung, di mana ia mampu menyembunyikan rasa sakit jantung. Bila orang yang sihat tak rasa sakit, maka dia takkan dapat tahu yang dia ada masalah jantung. Padahal rasa sakit tu adalah petanda awal.

Selain itu, ada banyak lagi masalah kesihatan yang timbul akibat penggunaan Panadol. Next time Izah akan cerita lagi. Stay tuned ya (

#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Monday, March 27, 2017

PETUA BERNAS UNTUK IBU MUDA: KEMBUNG PERUT PADA BABY


 



Baby merupakan makhluk comel yang banyak angin. Jangan terkejut bila dengar fakta yang baby kentut 13-21 kali sehari. Normal je tu.


Tapi kenapa banyak sangat anginnya? Haa..itu yang menjadi tanda tanya. Lazimnya, angin masuk ke perut baby melaui beberapa cara.
.
Melalui menyusu, sama ada breastfeeding atau botol susu
Menangis yang berterusan
Tidur dengan mulut terbuka dan kipas terpasang


Bila dan kembung perut, maka menangislah baby tu.


Bagaimana Mencegah Kembung Perut Pada Baby?


Periksa cara menyusukan baby – Pastikan semasa menyusukan anak, kepala baby lebih tinggi dari perut. Dengan itu, susu akan terus masuk ke dasar perut dan angina pula akan naik ke atas dan keluar melalui sendawa.
Sendawakan baby anda – lepas baby habis menyusu, telangkupkan tetap pastikan kepala baby lebih tinggi dari badannya, dengan perut baby diletak di atas peha. Urut belakang baby sampai sendawa.
Tukar peralatan menyusu jika tak sesuai – Jika masih pakai putting susu yang biasa, apa kata tukar kepada yang anti-cholics. Putting anti-cholics akan mencegah angina masuk ke dalam perut baby semasa menyusu.
Exercise baby dengan kasih sayang – Sapukan minyak angina, dan baringkan baby dengan terlentang. Kayuhkan kakinya seolah-olah dia sedang menunggang basikal. Mandian suam juga boleh membantu dia melepaskan gas berlebihan di dalam perut.


Selamat mencuba! ;)

#info by MHAMSB #minyakherbaasmak

Sunday, March 26, 2017

TIPS MEMUJUK ANAK KE PUSAT ASUHAN PADA KALI PERTAMA


Pengalaman Izah, hari pertama menghantar anak ke nursery adalah hari yang paling mendebarkan sekali. Mana taknya, anak dah start rapat dengan kita, tapi kena hantar ke nursery sebab kita sendiri kena kerja. Masa itulah, perasaan dan keinginan nak berhenti kerja tu membuak-buak. Rasa meronta-ronta je hati ni, Tuhan je yang tahu kan.

Tapi bila dah masuk anak kedua ni, Izah dah agak biasa sikit dah, dan kalau ada orang minta tips, Izah boleh je beri. Akak-akak semua nak tips ke? Jom baca kat bawah ni.

Pada malam sebelum hari kita hantar anak ke pusat asuhan tu, bisik di telinga anak pasal esok. Dia tak faham pun tak apa, janji kita beritahu dia awal-awal. Waktu faveret Izah adalah waktu sebelum dia tidur.
Pada hari kejadian, kita sendiri kena bangun awal dan siapkan segala keperluan anak tu. Pampers, susu dan botol susu, pakaian (3-4 pasang), dan sebagainya. Kalau anak ada menghidap penyakit seperti asma atau lain-lain, pastikan ubat tu dah dimasukkan di dalam beg sekali.


Ini tips berguna: kalau anak ada mainan atau bantal busuk kegemaran dia, bawa sekali. Bila anak dah berada di sana nanti, dia akan ada sesuatu yang dia biasa/familiar. Taklah nanti dia tercongok kiri kanan.
Pada masa ini, anda sendiri perlu cuba supaya tak berasa risau, sebab anak kita boleh perasan. Enjoy dengan dia. Sembunyikan kerisauan kita sebaik yang boleh.
Bila dah sampai sana, bawa dia tengok aktiviti apa yang dia nak. Teman dia untuk beberapa minit sampai dia rasa selesa.


Jangan keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan dia. Budak kecil ni akan rasa dikhianati, dan kalau kes lagi teruk dia akan hilang kepercayaan. Bila sudah mahu beredar, pegang bahu dia dan cakap elok-elok sambil tengok ke anak mata dia. Ingatkan kembali bisikan yang anda berikan malam tadi. InsyaAllah dia akan ingat.
Jangan lupa ingatkan dia yang kita akan datang ambil dia pada waktu petang.

Okay, itu saja. Selamat mencuba!

Info by MHAMSB #minyakherbaasmak

Saturday, March 25, 2017

BABY TERKENA GIGITAN SERANGGA, APA PERLU BUAT?



Dulu ada satu kes di mana seorang baby demam teruk setelah digigit serangga. Serangga tu bukannya penyengat atau lebah yang berbisa tu pun, cuma semut bersayap yang selalu terbang mengelilingi lampu je. Rupa-rupanya baby tersebut ada alahan terhadap gigitan semut jenis tu.

Bagi kita pula, apa perlu kita buat apabila anak digigit serangga? Lebih-lebih lagi kalau baby menangis teruk. Nak garu sendiri, belum pandai.

Ais Sebagai Pelega

Ais boleh digunakan untuk melegakan kesan gigitan seranggan pada baby. Ambil seketul ais dan balut ais dengan kain. Tekap pada mata sengatan tu selama 10 saat.

Tapi, kaedah ni cuma berkesan bila gigitan serangga tu tak serius. Untuk gigitan atau sengatan serangga yang berbahaya seperti penyengat atau ulat bulu, memang perlukan rawatan segera dari doktor.

#info by MHAMSB #minyakherbaasmak #rndteknologinano


Friday, March 24, 2017

INHALER ASMA BUKAN PENYEMBUH #2





Semalam saya ada janji sesuatu kan? Nak terangkan macam mana inhaler tu bertindak semasa asma menyerang dgn tiba-tiba, betul?

Baiklah..

Begini. Semasa asma menyerang, otot di sekeliling dinding salur pernafasan akan mengembang, dan akibatnya pesakit akan susah nak bernafas (yang ini semalam saya dah explain).

Jadi, kita akan menyembur inhaler tersebut ke arah kerongkong. Di dalam inhaler tu, ada sejenis bahan (ubatan) yang akan meresap ke dalam otot-otot yang mengembang tu. Dan akhirnya, otot yang mengembang tu akan ‘dilegakan’ dan mengecut.

Seterusnya? Salur udara akan terbuka kembali. Selepas itu barulah pesakit boleh bernafas dengan lega.

Tapi yang tak berapa cantiknya, kesan inhaler kepada asma cuma sementara saja. Tak kekal. Untuk penghidap asma yang teruk (kronik), asma akan kembali lepas beberapa jam.

Dah pernah cuba ikhtiar lain selain inhaler?


#info by MHAMSB

Thursday, March 23, 2017

MALAPETAKA KEPADA PESAKIT ASMA AKIBAT ASAP ROKOK


Apa yang berlaku kepada salur pernafasan sebaik sahaja terkena asap rokok?

Peringkat Pertama

Di saat sel-sel di sekeliling salur pernafasan terkena asap rokok, lapisan permukaan salur tersebut akan mula membengkak. Tapi anda tak akan perasan. Tak kisah sama ada anda perokok ataupun ‘second-hand smoker’. Kesannya tetap sama.

Kalau diameter salur tu masa normal 5cm, bila dah membengkak akan jadi makin sempit. Mungkin tinggal 2cm je.

Peringkat Kedua

Pernah dengar perkataan ‘mucus’? Di peringkat kedua inilah mucus tu akan terbentuk di permukaan salur pernafasan. Mukus tu melekit dan mengambil masa yang lama nak hilang. Alah, ibarat paip di sinki yang dipenuhi sisa makanan lama, macam tu lah.

Peringkat Ketiga

Haa..masa ni dah agak terlambat. Mukus yg terbentuk tadi dan ditambah pula dengan salur yang membengkak tu, akan menyebabkan salur pernafasan tersumbat. Sebab tu orang yg ada asma boleh tercungap-cungap macam ikan yang naik di daratan. Sentiasa tak cukup nafas.

Laluan udara ke peparu dah tersekat. Macam mana udara nak sampai?


Dan yang sangat tak menyeronokkan tu, effect asap rokok tu boleh ‘membatalkan’ kesan ubat yang kita ambil. Maksudnya, SIA-SIA makan ubat tapi orang kat sekeliling kita menghisap rokok. Kita yang jadi mangsa.

Kesimpulannya, tiada yang baik datang dari rokok. Kenapa orang masih merokok ye?


#info by MHAMSB

Wednesday, March 22, 2017

ASMA - ANTARA LELAKI DAN WANITA



Kalau kita bandingkan antara Malaysia dan US, mereka dah buat kajian mengenai asma lebih dahulu dari kita.


Dengan kajian tu, mereka dah berjaya mengaitkan jantina dengan penyakit asma.


LELAKI VS WANITA – mana satu lebih berisiko mendapat asma?


Jom3 kita tengok hasil kajian pada tahun 2011:


Pada 2011, 8 juta wanita telah diserang asma. Lelaki? Cuma 5.1 juta je.


Kalau kita tengok kadar kematian pula, 65% daripada wanita tersebut meninggal disebabkan asma.


Harap2nya statistik di Malaysia lebih rendah dari tu. Sama-sama la kita berdoa ya.


Source info: http://www.epa.gov/asthma/pdfs/asthma_fact_sheet_en.pdf.
http://dx.doi.org/10.1016/j.jaci.2010.10.020 .http://www.jacionline.org/.../S0091-6749(10)01634-9/abstract


#info by MHAMSB





Tuesday, March 21, 2017

DULU DIPANDANG RENDAH, SEKARANG JADI SERIUS



Puan-puan nak tahu, dahulunya penyakit asma ni dipandang enteng oleh ahli-ahli perubatan.

Dulu ada 7 penyakit yang dikategorikan sebagai “The Holy Seven Psychomatic Ilnessess”, iaitu penyakit yang kononnya hanya ada di dalam minda sahaja, dan bukan penyakit sebenar di badan. Penyakit asma tu adalah salah satu daripada 7 penyakit ‘minda’ tu lah.

Ini cerita tahun 1930-1950 dulu.

Tapi selepas beberapa puluh tahun, akhirnya ahli-ahli perubatan tersebut mengakui, bahawa penyakit ini bukan sekadar di dalam minda je semata-mata. Tapi boleh membawa kepada kematian.

Dan sejak itulah, berbagai-bagai kaedah dan ikhtiar dilakukan bagi mencari penawar kepada penyakit ini.


#info by MHAMSB


Monday, March 20, 2017

Hadiah Result SPM Bercuti Ke Kota Kinabalu 'Rosak' Disebabkan Resdung?



Alhamdulillah..
Abang Ngah dapat result SPM cemerlang..
Abang Long rancang nak belanja bercuti kat KK ni..
Bestnya..

Tapi masalahnya…
Mak, Ayah, Adik, semua ada resdung…

kalau dah sampai KK, wajib makan seafood la, kat Pasar Seafood Todak kat Bandar KK tu, beso-beso lauknya, must try

Tapi takut la lepas makan nanti semua orang jadi:

    1. Hidung merah2 macam badut, gatal-gatal
    2. Bersin berkali-kali sampai tak boleh nak buat apa-apa

Nasib baiklah ada Asmak Herbs: kapsul resdung keluaran MHAMsb

Makan Asmak Herbs ni:
2 biji waktu pagi lepas makan sebelum flight
2 biji lagi lepas makan seafood

Esoknya boleh la jalan-jalan, round KK lagi..

Berminat untuk dapatkan segera?

Whatapps
Fiza (SA00412) - 013 2504890




KOMBINASI 2 PRODUK MHAMSB UNTUK MENGATASI MASALAH KULIT DAN EKZEMA

KOMBINASI 2 PRODUK MHAMSB UNTUK MENGATASI MASALAH KULIT DAN EKZEMA

========================================================
MINYAK HERBA ASMAK DAN BEDAK ASMAK BAGI MASALAH EKZEMA
========================================================

👉2 bahan utama (Habatussauda dan Gamat Gold )di dalam Minyak Herba Asmak merupakan 2 bahan yang terbaik untuk masalah kulit.

👉Tanah Liat putih bersama Air Galian semulajadi juga sebagai Agen Detox Semulajadi iaitu mempunyai enzim-enzim semualajadi yang berfungsi menyerap dan membuang segala bendasing-bendasing , toxin, logam berat, dan bahan kimia yang terdapat pada kulit dan tubuh secara semulajadi. Proses penyerapan semulajadi ini akan menjadikan kulit kita sihat dan bersih. Ia juga membantu mengurangkan masalah kulit serta ekzema dan membantu membekalkan oxigen pada sel-sel kulit tubuh kita.

==============================================================
Kita berusaha untuk berubat tapi ingat, kesembuhan adalah dengan izin Allah.
==============================================================

Boleh Hubungi saya untuk dapatkan Minyak Herba Asmak dan Bedak Asmak

Whatsapp 013 2504890 (Fiza)
Whatsapp 013 2504890 (Fiza)
Whatsapp 013 2504890 (Fiza)

NO.ID : SA00412

NAK JADI PRESIDEN, KENA ADA PENYAKIT DULU



Ingat orang ada penyakit asma tak boleh berjaya ke??

Beberapa hari lepas, saya ada terfikir..kenapa tuhan beri penyakit kepada sesetengah orang, tapi tak beri kepada orang yang lain ye?

Lama juga saya termenung dok mikir pasal tu. Yelah kan, kadang2 tu kite tengok orang yang tak berapa nak baik perangai dia (perangai macam s*tan), jarang betul dapat penyakit. Yang baik soleh ni la yang jadi sarang penyakit. Kenape ek? (Saya orang johor, mesti guna perkataan ‘ek’ tu. Wajib)

“Ish..ni yang aku tak puas hati ni. Aku mesti carik jugak jawapan dia” saya bermonolog dalam hati. Hati saya tak puas. Berkobar-kobar.

Dengan pantas saya cepat-cepat capai smartphone saya atas meja dan buka apps “Chrome”. Saya terus google pasal tu.

KISAH-KISAH ORANG TERKENAL

Dipendekkan cerita, saya jumpa satu artikel yang sangat-sangat-sangat MENARIK.

Artikel tu bercerita pasal tokoh-tokoh di dunia yang mempunyai penyakit.

Dalam sejarah, ada beberapa orang terkenal yang mempunyai penyakit asma.

Sesetengah dari mereka adalah pemimpin kepada sebuah negara yang mempunyai beratus juta penduduk. Akak, Malaysia ni cuma ada 27 juta je penduduk dia. Ni beratus juta beb! Bukan main-main punya.

Amerika Syarikat contohnya, 5 orang yang pernah menjadi Presiden negara tersebut adalah penghidap asma (Calvin, Clinton, JFK, Roosevelt, serta Wilson)

“Biar betul..5 orang tuu..diorang ni memang undi orang yang ada penyakit je ke?” Eh ke situ pulak otak saya melalut.

Manakala 3 orang daripada penerima Nobel Prize juga adalah penghidap asma.

Ingat senang ke nak dapat anugerah Nobel tu? Kat atas bumi ni ada lebih 6 bilion manusia. Tapi yang pernah menerima Anugerah Nobel alahaii…ciput je. Tak sampai pun 300 orang.

RAHMAT TUHAN TAK PERNAH SALAH ALAMAT

Nampak tak, Tuhan tarik satu nikmat, Dia beri anugerah lain yang lebih besar. Kebolehan lain yang berjuta-juta penduduk bumi lain tak ada.

“Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan” Ayat ni diulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman. Allahu..

Sebelum saya google tadi, saya dah termenung. Sekarang ni sambung termenung lagi..

kerdil je kita ni kan?

Ok, berbalik kepada penyakit tadi. Bukanla maksudnya penyakit tu tak perlu rawat, ye tak?

Usaha mestila kena buat.


#info by MHAMSB


Sunday, March 19, 2017

3 JENIS ASMA, YANG MANA SATU?



Assalamualaikum semua.


Penyakit asma ni, ada 3 jenis. Setiap jenis lain punca dan tahap umur dia.


Jom tengok dan kenalpasti mana satu asma yang berkait dengan kita:


1. ALLERGIC ASTHMA


Kalau seseorang tu dari keluarga yang ada sejarah asma, biasanya dia akan terkena penyakit asma jenis macam ni. Asma jenis ni sgt sensitif kepada debu dan habuk. Pendek kata, inhaler kena sentiasa ada dalam poket.


2. OCCUPATIONAL ASTHMA


Asma jenis ni akan develop bila seseorang tu bekerja dalam persekitaran yang penuh dengan allergen, iaitu benda yang boleh menyebabkan asma seperti habuk, debu-debu pembinaan, debu alatan elektronik, dan sebagainya. Nanti saya akan cerita lagi pasal jenis-jenis pekerjaan yang berisiko ya. Stay tuned


3. CHILDHOOD ASTHMA


Ini adalah asma yang paling banyak sekali. Dan paling mengejutkan, kanak-kanak akan develop asma sebelum umur 5 tahun.
Asma jenis inilah yang paling perlukan perhatian sebab umur anak yang masih kecil. Ada juga orang yang sanggup berhenti kerja kerana nak jaga anak yang menghidap asma.


#info by MHAMSB


Saturday, March 18, 2017

BETUL KE MAKAN TEMBIKAI BOLEH SEBABKAN ASMA?

😨
 







Pernah dengar?


Ada orang cakap, makan tembikai atau buah-buahan yang bersifat sejuk boleh menyebabkan asma datang menyerang. Ye ke?


Nak tahu betul atau tidak, jom kita baca kenyataan dari Dr. Norzila Mohamed Zainudin, Pakar Kanak-Kanak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di bawah ni:


"Tiada bukti tentangnya. Ada yang mengalami gatal tekak setelah makan rambutan atau oren. Ais juga boleh menyebabkan batuk," jelas Dr Norzila sambil menambah bahawa terdapat bahan kimia dalam makanan yang diproses yang boleh mencetuskan serangan asma.


"Bagaimanapun saya percaya faktor cuaca serta partikel udara tercemar selain daripada asap rokok boleh menyebabkan berlakunya serangan asma," kata beliau.


So macam mana, dah jelas dah? Maksudnya, boleh je orang yang ada penyait asma untuk makan buah tembikai. Dah tak perlu risau dah 😘


. #info by MHAMSB

Fiza

SA00412

Friday, March 17, 2017

CARA KENALPASTI EKZEMA

Siapa setuju kalau saya katakan yang ekzema tu sebagai salah satu musuh ketat golongan ibu?

Walaupun yang terkena tu anak kita, tapi kita yang si ibu ni pun mesti terasa rimas juga kan..tak sampai hati tengok anak tergaru-garu..

Kalau nak tahu, ekzema ni sebenarnya agak berbeza dengan penyakit kulit lain. Ada cara nak kenalpasti ekzema tu. Kat bawah ni saya tuliskan beberapa tanda-tanda ekzema.

⚪ Radang pada sesetengah bahagian kulit
⚪ Bengkak, gatal, serta ruam merah. Tapi kadang-kadang nampak macam kesan melecur
⚪ Ada juga yang lebih teruk, kulit yang seperti melecur tu boleh jadi berair. Rasanya macam terbakar. Dan biasanya gatal akan datang sekali
⚪ Tempat yang selalu kena ialah bahagian muka, leher, sendi tangan serta siku.
⚪ Bila dah kering, kulit tersebut akan berkerak


#info by MHAMSB

Fiza

SA00412


Thursday, March 16, 2017

FAKTA ASMA - NO. 3 DAN 6 YANG BARU KAMI TAHU

Bila dah makin ramai yang terkena penyakit asma ni, tercetus persoalan kat dalam minda kami:

Penyakit asma ni normal ke dalam masyarakat kita?

Then kami terjumpa info pasal asma. Agak mengejutkan juga.

1. Dalam setiap 14 orang, seorang daripadanya kurang bernasib baik, ada penyakit asma.
2. Kalau kat negara US, 24 juta rakyat mereka menghidap asma. Hampir sama banyak dengan jumlah rakyat Malaysia
3. Nak tahu penyakit kanak-kanak yang paling popular? ASMA lah, apa lagi.
4. Sebab utama kanak-kanak tak datang sekolah? ASMA juga.
5. Antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, kanak2 lelaki lagi banyak ada asma.
6. Tapi kalau dah semakin dewasa, perempuan lebih ramai yang terkena penyakit asma.

Dulu kami ingatkan penyakit asma ni macam jarang-jarang je. Bila baca hasil kajian ni, baru tahu. Ramai rupanya, berjuta-juta..

Sama-sama lah kita jaga kesihatan anak-anak kita ya..

kredit to page : Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Fiza

SA00412




Wednesday, March 15, 2017

STATISTIK MENGEJUTKAN!




Puan2 semua dah tahu ke, yang 10-14% kanak2 sekolah ada menghidap asma?

Haritu Kementerian Kesihatan ada beritahu semakin hari penyakit ni semakin menular dan serius.

Mungkin ada yang belum tahu. Secara mudahnya, asma bermaksud penyakit radang sistem pernafasan yang kronik. Cuba periksa salur pernafasan anak-anak anda, ada tanda-tanda seperti di bawah tak?

⚪ Merah.
⚪ Bengkak.
⚪ Menghasilkan lendir berlebihan.
⚪ Mudah terangsang (hypersensitive).

Kalau kt Malaysia ni, asma di kalangan kanak-kanak sebenarnya adalah penyakit yang BIASA dan ia melibatkan semua peringkat umur.

Agak-agak, apa sebabnya ya..?

Kredit to fb page : Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

dikongsikan oleh saya :
(Fiza ) Pengedar sah MHAMSB
(SA00412 )