Beberapa minggu lepas video seorang bayi yang berhenti menangis apabila
dia mencium bau baju ibunya yang belum dibasuh menjadi tular dan
menyentuh hati netizen di seluruh dunia.
Sebelum itu, bayi tersebut menangis tanpa henti kerana rindukan ibunya yang keluar atas urusan kerja selama beberapa hari. Rata-rata netizen begitu tersentuh hati melihat reaksi spontan bayi tersebut dan mengakui betapa kuatnya 'bonding' antara ibu dan anak.
Menurut Seema Csukas, M.D., Pengarah Promosi Kesihatan Kanak-Kanak di Children's Healthcare Atlanta, deria penglihatan bayi mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang tetapi deria bau adalah yang paling peka ketika bayi lahir.
Justeru tidak hairanlah bayi yang menangis tersebut boleh berhenti menangis sebaik sahaja mencium bau baju ibunya kerana beranggapan ibu yang dirindui ada di sisinya ketika itu.
Amalan ini sebenarnya sudah lama dipraktiskan oleh orang tua-tua yang berpesan kepada ibu-ibu lepas bersalin yang kembali bekerja supaya meletakkan baju yang belum dibasuh berdekatan dengan bayi atau membedung bayi dengan kain batik ibu apabila meninggalkan bayi bersama pengasuh.
Berikut adalah fakta menarik yang ibu dan ayah kena tahu tentang deria bau bayi.
1. Sebelum lahir, janin sudah boleh menghidu. Satu kajian telah mendapati bayi yang berumur 3 hari, sudah boleh mengenali bau cecair amnion ibu mereka.
2. Ketika bayi baru lahir, dia akan tertarik dengan bau susu ibu. Apabila berusia 2 minggu, bayi boleh membezakan antara bau susu payudara ibunya, daripada susu ibu lain.
3. Mengikut kajian terbaru Swiss, bauan yang biasa dihidu (iaitu bau ibu), dapat menenangkan bayi anda.
4. Dua bulan selepas lahir, bayi akan lebih suka bau ibunya dari bau orang lain. Walaupun ibu berpeluh-peluh dan belum sempat mandi, bayi akan merasakan bau ibu adalah bau terharum di dunia.
Berdasarkan fakta tersebut, ia patut dimanfaatkan oleh para ibu menyusu terutamanya ibu-ibu yang mengepam susu di tempat kerja. Cara ini sedikit sebanyak mungkin dapat merangsang pengeluaran susu ibu supaya mengalir lebih lancar.
Nampaknya selain daripada melihat gambar bayi semasa mengepam susu di pejabat, ibu juga boleh gunakan tips menghidu bau baju bayi yang dapat meningkatkan hormon gembira ibu.
Sumber: Parenting
kredit : Majalah Pa&Ma

No comments:
Post a Comment