Tuesday, April 25, 2017
#AWAS !! #ANTIBIOTIK
Antibiotik.Dia bukan makcik yang korang panggil aunty.Bukan juga barang antik.Tapi dia ubat yang unik sebab pengambilannya hanya selepas mendapat preskripsi dari doktor.Bukan sembarangan boleh dibeli di farmasi.
.
Kak umi is gerun lah bila ramai ibubapa kalau anak baru 2-3 hari selsema, batuk dan demam berani minta doktor antibiotik.Antibiotik ni kalau diambil sembarangan kesan dia sangat dahsyat tau.
.
Ok, simple je kak umi nak explain pasal antibiotik ni.Ni beberapa perkara penting pasal antibiotik yang wajib terutama mommy daddy kena tahu.
1.APA ITU ANTIBIOTIK?
Antibiotik adalah sejenis ubat dibuat dari bahan kimia. Kerja dia hanya bunuh kuman atau bantutkan pertumbuhan kuman jenis BAKTERIA. Lain dari bakteria bukan kerja dia. Selsema,batuk dan demam ni kuman diorang jenis VIRUS. Jadi buang masa je telan antibiotik. Sebab antibiotik hanya berkesan untuk bunuh bakteria bukan virus ye.Dah la buang masa, bagi mudarat pulak tu kat badan. Aduii.
2.KENAPA BATUK,SELSEMA TAK PERLU ANTIBIOTIK?
Penyebab terjadinya batuk,selsema adalah VIRUS.Antibiotik hanya berkesan ke atas BAKTERIA sahaja bukan pada virus tau. Biasanya selsema batuk ni akan hilang dengan rehat serta pengambilan air secukupnya walaupun tanpa penggunaan antibiotik. Ada yang guna alternatif rawatan semulajadi.Itu terpulang pada individu. Asalkan bukan dengan makan antibiotik ye.
3.APA KESAN SALAH GUNA ANTIBIOTIK?
Akan berlaku kerintangan terhadap bakteria. Senang kata,bahasa johornya Bakteria tak lut dengan antibiotik. Bakteria menjadi semakin KEBAL dan KUAT. Menyebabkan jangkitan jadi lebih teruk dan tak boleh disembuhkan dengan antibiotik yang sama. Doktor terpaksa gunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Jika antibiotik yang kuat ini pun disalah gunakan, maka bertambah la kuat dan kebal bakteria terhadap antibiotik.Ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap badan.Ini lah dinamakan kerintangan antibiotik.Badan dah tak dapat terima sebarang antibiotik untuk bunuh bakteria.
4.MACAM MANA NAK ELAK DARI TERJADINYA KERINTANGAN ANTIBIOTIK?
-Elak minta antibiotik daripada doktor.
-Makan antibiotik ikut masa yang sama dan dos yang diberikan doktor.
-Habiskan antibiotik dalam waktu yang ditetapkan walaupun sudah sembuh.
-Jika ada baki antibiotik, buang terus. Jangan guna semula antibiotik untuk penyakit yang sama di kemudian hari.
Kalau korang rajin,boleh g kat kaunter farmasi kerajaan,masukkan kat kotak pemulangan ubat yang tidak digunakan atau expired.
-Jangan beli antibiotik di farmasi (jika ada yang menjualnya).
.
Sekarangkan info semua dihujung jari telunjuk kann.So, tips tambahan dari kak umi,apakata lepas dapat ubat dari doktor tu Gugel la nama ubat yang korang dapat tu.Cek samada antibiotik tu common used untuk sakit yang korang alami atau tak.
Banyak kes, pesakit diberi terus antibiotik berdos tinggi dan dari kelas yang tinggi (antibiotik pun de kelas/level tertentu tau ) supaya cepat sembuh sedang kan ia perlu dimulakan dengan dos yang rendah.Jika tidak berkesan baru lah dinaikkan sedikit dos ubat dan jenis kelas.
Kesannya memang lah sakit cepat sembuh tapi jika sudah terbiasa ambil, kesan jangkamasa panjang antaranya kegagalan fungsi buah pinggang,alahan pada kulit dan paling ngeri sekali boleh bawa maut.
So,jadilah rakyat yang bijak ok.Sayangi diri ,Sayangi family. ❤❤
.
Nak share silakan.Gigih tau cari bahan π
#KakUmiSharing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment