Monday, June 12, 2017

Resipi Viral Jagung Rebus Susu. Menu Kasih Sayang Untuk Keluarga




Sana sini viral tentang menu jagung rebus susu atau jagung banjir. Kebetulan esok hujung minggu, jadi apa kata ibu-ibu buat sendiri resipi ini. Sesuai dan berkhasiat untuk hidangan petang anak-anak dan sudah tentu suami.

Mudah rupanya nak buat sendiri. Confirm jadi dan dapat pujian daripada suami dan anak-anak.

Bahan-bahan

6 tongkol jagung

1 tin susu cair

3 sudu besar susu pekat

Secawan air

4 sudu mentega

2 keping cheese (kalau suka)

Secukup rasa gula dan garam

Cara menyediakan

1. Rebus jagung dalam 15 minit.

2. Keluarkn jagung sekejap dan masukkan bahan-bahan yang lain.

3. Masak dalam 10 minit kemudian masukkan semula jagung.

4. Seimbangkan dengan gula dan garam secukup rasam

Alasan keluarkan jagung sekejap kerana tak mahu ia terlalu masak sebab nanti mengecut.

No comments:

Post a Comment