Wednesday, June 7, 2017

Boleh Cuba 12 Cara ini Supaya Anak Terang Dan Bersih Hati



Secara umumnya, setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza. Justeru ibu bapa tidak boleh membandingkan keupayaan anaknya dengan anak orang lain. Malah pada tahap ini, otak kanak-kanak umpama span yang menerima apa sahaja input yang diberikan kepadanya.

Malah untuk mendapat anak cemerlang, terang dan bersih hatinya, anda perlu menyediakan persekitaran dan kehidupan yang baik untuk anak. Selanjutnya terdapat panduan untuk mendapat anak terang dan bersih hati.

1.Pelukan

Kajian mendapati bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Pelukan membuatkan anak rasa selamat dan dilindungi. Perasaan positif ini membolehkan anak meneroka dunia dan kehidupan dengan penuh keyakinan.

2.Tiada keluhan

Semasa mendidik anak, keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Keluhan menggugat keyakinan dan kepercayaan anak terhadap kemampuan dirinya. Kata-kata seperti pemalas, pengotor, tidak berguna, degil, keras hati dan seumpamanya akan membuatkan anak rasa tidak dihargai.

3.Sedia mendidik

Walaupun anda sibuk, jangan culas mendidik anak. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Bersabarlah setiap kali mengajar anak, sebab anak-anak bukan kita dan setiap anak itu berbeza bakat dan kebolehannya.

4.Magis sentuhan

Apabila berjalan sentuh tangan anak. Cara ini membuatkan mereka berasa kehadiran mereka amat dihargai dalam kehidupan anda sekeluarga. Seni sentuhan ini juga perlu digunakan ketika menasihati dan menegur anak. Usap kepalanya, letakkan tangan di paha atau di bahunya, tepuk-tepuk sayang di belakangnya dan sebagainya.

5.Pendengar setia

Luangkan waktu untuk mendengar mereka. Mereka bertanya bagi memenuhi sifat ingin tahunya. Pada usia kecil, anak-anak memiliki daya fantasi, imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Ini merangsang mereka mendapatkan maklumat-maklumat baru melalui pelbagai pertanyaan.

6.Jangan mengkritik

Harga diri anak-anak mudah sekali tergores dan terluka. Kritikan akan membuatkan anak hilang keyakinan diri. Dalam mengkritik, kritik perbuatannya bukan orangnya. Elakkan juga dari membanding-bandingkan anak-anak ketika mengkritik kerana ini akan menimbulkan rasa rendah diri sekali gus kurang keyakinan pada diri.

7.Aktiviti rangsang otak kanan:

Lakukan aktiviti yang merangsang otak kanan seperti aktiviti seni dan kraf. Contohnya mengajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ),melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

8. Bina daya imaginasi

Lakukan dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi. Sediakan papan putih, kertas kosong atau belikan anak-anak permainan seperti blok-blok dan bongkah kayu agar dia boleh membina apa sahaja berdasarkan daya imaginasinya.

9. Tutup televisyen semasa mengulang kaji.

Seluruh ahli keluarga perlu bersatu hati dalam mengelakkan budaya lepak di depan televisyen tatkala anak-anak sedang mengulang kaji. Anak-anak yang belajar tidak akan rasa terganggu dan juga rasa adil kerana bukan dia sahaja yang tidak boleh menonton televisyen tetapi sebaliknya seluruh ahli keluarga perlu bekerjasama.

10. Tidur mengiring ke kanan

Waktu tidur adalah masa untuk badan berehat. Ketika ini, galakkan anak tidur mengiring ke kanan supaya otak jadi lebih pintar dan cara ini mengikut sunnah Nabi.

11.Teman anak belajar.

Ramai ibu bapa yang membiarkan anaknya belajar bersendirian dalam bilik. Apabila terlepas daripada pandangan ibu bapa, anak-anak lebih cenderung melakukan aktiviti selain daripada belajar seperti membaca komik, melayari internet, ber’chatting’, bermain dengan gejat dan seumpamanya. Sebab itu penting bagi anak-anak ditemani sewaktu belajar.

12.Sediakan pokok hidup.

Letakkan pokok segar seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk mendapat oksigen kepada otak anak semasa belajar. Tumbuhan hijau juga bagus untuk kesegaran mata.

No comments:

Post a Comment