Sunday, June 11, 2017

Nak Senang Masak Sedap & Cepat Untuk Suami & Anak? Inilah Rahsianya!



Ibu yang bijak ialah ibu yang tahu apa perlu dirancang termasuk bab menyediakan makanan untuk keluarga. Tak kisah sama ada anda ibu bekerja atau pun ibu yang bergelar suri rumah, masing-masing sama sahaja kesibukannya.

Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan susah nak memasak. Semua boleh dirancang. Untuk memudahkan urusan anda, cuba rancang menu seminggu untuk keluarga. Selain itu untuk mempercepatkan sesi memasak, sedikan terlebih dahulu stok atau pes yang diinginkan dan boleh disimpan secara sejuk beku. Itulah rahsia nak senang masak sedap dan cepat!

Sudah tentu cara ini boleh menjimatkan separuh daripada masa memasak anda. Nak lagi cepat, siap-siap potong sayur atau lauk (ayam, daging dan ikan) yang hendak dimasak untuk setiap sesi masakan dan bungkus mengikut hari kegunaan.

Bagi ibu yang ada bayi yang sudah mula makan makanan pejal, stok ayam ini sangat berguna dan memudahkan tugas anda. Masak sahaja bubur dengan campuran sayur-sayuran dan ayam atau daging, kemudian tambahkan stok ayam. Rasa bubur untuk si kecil lebih enak dan lazat walaupun tanpa garam tambahan.

Jom belajar cara memasak stok ayam yang sangat memudahkan tugas ibu-ibu.

Bahan-bahan:

Tulang ayam secukupnya

1 liter air

1 batang saderi | dipotong kecil

1-2 biji lobak merah | dipotong kecil

2 inci halia | diketuk

2 biji bawang besar | dipotong 4

2 ulas bawang putih | dimayang

2 batang kayu manis

3 biji | buah pelaga

2 biji tomato | dipotong 6

3-4 biji kentang | dipotong 4

4 helai daun bay

3 sudu kecil serbuk lada hitam


Cara menyediakan:

1. Rebus semua bahan selama 4-5 jam dengan api kecil.

2. Setelah semua bahan empuk, sejukkan. Kemudian ditapis dan diambil stoknya sahaja.

3. Simpan di dalam bekas dan bolehlah disejukbekukan.

Kalau nak buat stok daging, anda hanya perlu gantikan dengan tulang lembu sahaja.






Kredit foto: mymansbelly.com

No comments:

Post a Comment