Monday, November 12, 2018

Dah Tahu Ke? 3 Penyebab Buasir Dan 4 Faktor Yang Menambah Teruk?


.
*APA BEZA SEMBELIT & BUASIR ? Jom kita kaji sama-sama demi kesihatan 😊*
.
Sembelit adalah disebabkan oleh najis yang mengeras, di mana akan menyukarkan proses membuang air besar. Buasir pula adalah keadaan di mana terdapat bahagian di sekeliling dubur/punggung yang membengkak, sekaligus membuatkan proses membuang air besar menjadi sukar.
.
Sembelit boleh menyebabkan buasir, tetapi buasir pula tak semestinya disebabkan oleh sembelit. Lalu, apakah yang boleh menyebabkan buasir?

❌Apabila ada sembelit atau cirit-birit yang kronik
❌Meneran terlalu kuat semasa membuang air
❌Duduk terlalu lama di tandas
.
Apa pula perkara yang menyebabkan buasir bertambah teruk?
.
😭Kurang fiber di dalam makanan
😭Terlebih berat badan (obesity)
😭Semakin berumur, otot di sekeliling punggung semakin lemah dan buasir boleh terjadi.
😭Fasa kehamilan – semakin besar kandungan, semakin kuat ia menekan otot di sekeliling abdomen, yang akhirnya akan membengkak.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Thursday, November 8, 2018

Cara Semulajadi Untuk Halau Nyamuk Dari Tempat Tidur Anak


.
Nyamuk di dalam rumah memang jadi masalah besar, lagi-lagi jika ada anak kecil di rumah. Silap-silap kita pun tak tidur malam jadinya. Nak guna ridsect, risau pula kut-kut ada kesan jangka masa panjang kepada kesihatan kita. Tak semua bahan kimia tu selamat.
.
Nak halau nyamuk dengan semulajadi ada beberapa cara. Di bawah ni adalah antara cara-caranya.
.
✅*Hirisan kulit limau* – Nyamuk memang anti dengan aroma yang keluar dari kulit limau. Hiris dan bungkus dalam kain berjaring seperti bunjut, dan gantung di tempat yang sinonim dengan nyamuk. Contohnya di bawah kalit atau celah almari.

✅*Kapur barus* – Perasan tak, almari yang diletak ubat gegat atau kapur barus, biasanya nyamuk tak berani masuk. Jadinya, ambil kapur barus dan letak di tempat yang strategic.

✅*Ais kering* – Cara ini agak memakan masa, tapi sangat efektif. Nyamuk tertarik dengan gas karbon dioksida yang kita hembus dari nafas. Ambil ais kering yang diletak di dalam bekas dan letakkan bekas tersebut di satu tempat yang jauh dari tempat tidur. Seeloknya, letakkan 2-3 jam sebelum waktu tidur.
.
.
Selamat mencuba!
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Cara Paling Sempurna Kejutkan Anak Dengan Kasih Sayang


.
Tahukah anda, anak boleh mendengar Salam anda walaupun ketika mereka sedang tidur?
.
Itulah keistimewaan anak kecil yang kita orang dewasa tak ada. Mahukah jika saya kongsikan cara yang paling baik untuk mengejutkan anak dari tidur?
.
🌹 Beri salam kepada anak yang sedang tidur, sambil menggunakan nada suara yang lembut seperti, “Assalamualaikum anak ibu yang soleh. Bangun sayang, anak ibu suka bangun awal”.
🌹 Sentuh hujung ibu jari mereka dengan sopan dan goyangkan perlahan-lahan. Usah direntap, nanti mereka terkejut dan marah.
🌹Jika mereka tidur di dalam bilik, elakkan mengetuk pintu mereka dengan kuat. Mereka mungkin akan bangun, tapi kalau bangun dalam ketakutan, macam mana?
🌹 Kejut anak secara berperingkat. Di saat ini si ibu atau bapa memang wajib bersabar. Ada anak, kenalah bersabar kan.
🌹 Jika masih tidak bangun, kuatkan sedikit suara (sedikit saja) dan goyangkan lagi kaki mereka.
🌹 Sebaik saja mereka bangun, terus hadiahkan mereka pelukan dan ciuman supaya mereka rasa selesa. Usap kepala mereka. Puji mereka di atas usaha mereka bangkit dari tidur. Ucap kata-kata yang baik.
.
Rahsia saya, sebaik saja mereka bangun, saya terus sapu muka mereka dengan tapak tangan yang basah. Cara ini sangat berkesan untuk mengelakkan mereka kembali tidur.
.
Selamat mencuba! ;)
.
.
#tipsbyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Monday, November 5, 2018

Tips Melegakan Radang Ekzema Dengan Cepat


.
Apa yang kita rasa semasa ekzema berlaku?
.
Pedih. Terbakar. Gatal. Berair.
.
Macam mana nak melegakan keradangan ekzema dengan cepat? Begini caranya:
.
Ambil sebatang aloe vera dan masukkan ke dalam blender. Blend selama 1-2 saat sahaja sehingga menjadi pes (jangan terlalu hancur). Sapukan aloe vera ke atas tempat yang terlibat dan biarkan selama 10-15 minit.
.
Seeloknya, sediakan ramuan ini sebelum ekzema menyerang, dan sejukkan di dalam peti ais. Kesannya lebih baik.
.
Nak tahu cara yang lebih elok? Amalkan produk yang menggunakan tanah liat putih sebagai salah satu bahan. Itulah sebaik-baik penawar yang melegakan.
.
.
#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak #BedakAsmak

Thursday, November 1, 2018

Persediaan menerima cahaya mata

Ada ibu2 yg sedang menunggu hari? Dah semak list2 barang? Saya kongsi ya untuk semakan sekiranya ada yg tertinggal☺️