Best info π
*20 TANDA ANAK ITU PINTAR*
Ibubapa boleh mengetahui dari awal jika anak-anak mereka boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar. Walaubagaimanapun, ada anak kecil yang tidak menunjukkan ciri-ciri ini pada peringkat awal, sebaliknya akan datang sepanjang pembesaran mereka.
π§ Cuba perhatikan jika anak-anak anda ada ciri-ciri seperti yang dibawah:
1. Pengamatan tinggi
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang.
2. Keinginan untuk tahu tinggi
Ingin mengetahui semua hal seperti objek,idea, keadaan situasi atau sesuatu acara.
3. Minat mendalam
Mungkin akan fokus pada sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut.
4. Menerima informasi dengan pantas
Selalu dikatakan seperti span, menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak.
5. Ingatan yang tinggi
Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik seta mampu mengingati semula dengan cepat.
6. Mungkin dapat membaca lebih awal
Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun.
7. Kerap membaca serta meluas
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.
8. Tatabahasa yang tinggi
Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik
9. Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuian lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.
10.Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi.
11. Suka bertanya dengan lebih teliti
Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku.
12.Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu sama ada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya.
13. Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
Sebagai contoh, perjalanan galaksi, masalah-masalah berkaitan populasi dunia, isu-isu alam sekitar.
14. Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan.
15. Sangat menitik bertakan hal-hal keadilan
Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain.
16. Bersemangat dan bertenaga
Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempunyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian.
17.Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami.
18. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
Tidak suka melakukan kesilapandan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
19. Perkembangan asynchronous
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya.
20. Bertanya soalan kreatif
Sumber : Dipetik dari buku *Mendidik Anak Cara Al Fateh* tulisan *Mejar (B) Mohammad Qayyum*
Sharing by : Nurul Aqidah Sulaiman (fb)
No comments:
Post a Comment