Tuesday, February 28, 2017

HIDUNG BERBUNYI KETIKA TIDUR – KENAPA?






Siapa-siapa yang ada masalah pernafasan, mesti ada masalah hidung berbunyi semasa tidur, terutamanya kanak-kanak.



Dan kalau masalah ini dibiarkan saja, keadaan biasanya akan menjadi lebih teruk apabila kanak-kanak tersebut menginjak dewasa.


Kualiti tidur? Memang akan terganggu. Yang itu Izah memang pasti, sebab dah banyak kali jumpa. Dalam waktu tidur tu mesti akan ada paling kurang 3-4 kali terbangun sebab tak dapat bernafas. Lepas tukar posisi baru ok balik.


Semakin sempit salur pernafasan, semakin susah udara nak sampai dan keluar dari hidung ke peparu.


Mungkin perkara ini biasa pada orang dewasa, tapi bagi bayi, jangan main-main ya. Ada bayi yang meninggal ketika tidur kerana tak cukup nafas. Keadaan ini boleh dikatakan sama dengan bayi tersedak susu. Bahaya!


Kita sebagai ibubapa apa perlu buat? Kena cari jalan untuk membetulkan balik salur pernafasan tu supaya jadi normal.




#info by MHAMSB #minyakherbaasmak


Soalan Lazim Tentang Asmak Herbs (FAQ)



Ada berapa biji dalam 1 botol?
Setiap botol mengandungi 30 biji kapsul.

Bagaimana cara pengambilan Asmak Herbs?
Sila makan dua biji pagi dan dua biji malam. Jika resdung agak teruk atau lambat berkesan, tambah dua biji tengahari. Banyakkan minum air masak.
Apabila resdung sudah semakin reda, boleh kurangkan dos pengambilan atau makan jika perlu sahaja.

Berapa lamakah penggunaan sebotol?
Bergantung kepada cara penggunaan dan tahap resdung seseorang. Seorang yang resdungnya agak teruk perlu makan dengan dos yang agak tinggi dan lebih lama berbanding dengan seorang penghidap resdung yang biasa. Kadar tindakbalas setiap individu juga tidak sama. Oleh itu rasai sendiri perubahan selepas pengambilan Asmak Herbs dan lihat kesannya kepada badan anda, cepat atau lambat.

Bilakah kesan Asmak Herbs boleh dilihat?
Ada orang yang seawal 1 – 2 hari sudah merasai kesan positif apabila simptom resdung berkurangan. Ada yang memakan masa 1 – 2 minggu, malah ada yang sehingga 2 – 3 bulan. Namun sekiranya tiada kesan positif selepas 3 bulan, maka penawar ini mungkin tidak serasi dengan anda.

Bagaimana cara nak dapatkan kesan optimum?
Langkah pertama ialah mengambil Asmak Herbs mengikut dos yang disyorkan. Apabila simptom resdung berkurang, anda boleh kurangkan dos. Malah boleh berhenti sekiranya resdung sudah pulih. Selepas itu, anda hanya perlu ambil jika perlu sahaja.
Pastikan anda sentiasa menyimpan sebotol Asmak Herbsuntuk waktu-waktu ‘kecemasan’.


Bolehkah resdung sembuh sepenuhnya?
Biasanya resdung tidak akan sembuh sepenuhnya kerana ia adalah penyakit disebabkan alahan. Walaupun begitu, Asmak Herbs mampu mengurangkan simptom dan gejala dengan sangat berkesan sehingga anda lupa yang anda mempunyai resdung.
Dalam banyak kes pelanggan yang serasi, selepas beberapa bulan pengambilan Asmak Herbs, mereka hanya memastikan sebotol Asmak Herbs sentiasa ada dalam simpanan yang hanya dimakan apabila perlu sahaja. Terdapat juga kes terpencil yang mana mereka perlu mengamalkan secara konsisten disebabkan tahap resdung mereka yang lebih teruk.

Kenapakah resdung ini dipanggil ibu penyakit?
Resdung dikatakan sebagai ibu penyakit kerana disebabkan resdung, anda boleh terkena masalah lain seperti selsema yang teruk, sakit gigi, sakit mata, sakit telinga, pening, sakit kepala, lelah dan lain-lain. Dengan merawat resdung, secara automatik anda dapat mengelakkan masalah-masalah lain.

Bolehkah Asmak Herbs merawat jerawat?
Antara simptom dan kesan resdung ialah penghasilan jerawat. Sekiranya anda sudah mencuba pelbagai produk kulit tetapi tidak berkesan, kemungkinan besar jerawat anda bukan disebabkan masalah kulit, tetapi berpunca daripada resdung. Oleh itu, rawatan dengan Asmak Herbs secara tidak langsung dapat merawat jerawat.

Apa lagi kelebihan Asmak Herbs?
Selain bebas bahan kimia serta lebih menjimatkan masa dan wang, Asmak Herbs juga mujarab merawat demam dan selsema. Ia akan lebih berkesan untuk selsema jika diambil lebih awal. Jika sudah beberapa hari selsema, anda perlu makan untuk jangka masa yang lebih lama.

Bolehkah ibu mengandung mengambil Asmak Herbs?
Tidak boleh. Untuk ibu mengandung, apa-apa produk herba pun tidak boleh diambil tanpa kebenaran doktor.

Bolehkah kanak-kanak mengambil Asmak Herbs?
Asmak Herbs boleh diambil oleh kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Untuk yang 3 tahun ke bawah, kami tidak syorkan tetapi jika anda ingin cuba, sila berikan dengan dos yang sangat minimum terlebih dahulu.
Bagi kanak-kanak, cara makan ialah sebiji sehari pada waktu malam, selama 3 hari berturut-turut. Jika berkesan, teruskan seminggu sekali sahaja, juga pada waktu malam. Jika cara ini kurang berkesan atau resdung agak teruk, dos perlu ditingkatkan kepada 2 biji sehari, iaitu pada waktu siang dan malam. Kurangkan dos jika simptom berkurangan.

Apakah ada 'healing crisis' ketika mengambil Asmak Herbs?
Badan setiap orang tidak sama. Jika menghadapi masalah lain ketika mengambil Asmak Herbs, asalkan bukan masalah yang serius (contohnya keluar jerawat), sila teruskan pengambilan sehingga 2 – 3 bulan.Ini adalah proses ‘healing‘ atau penyembuhan.
Jika sehingga 3 bulan masih tiada perubahan, maka anda perlu berhenti. Mungkin ia tidak sesuai dengan badan anda. Berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, selepas proses ‘healing‘, ramai pelanggan yang berpuas hati dengan keberkesanannya.

Apakah kandungan Asmak Herbs?
Asmak Herbs diperbuat daripada herba-herba terpilih (antaranya akar mengkunyit, akar serapat dan lada sulah) dan sudah berada di pasaran lebih kurang selama 20 tahun.

Adakah Asmak Herbs mendapat kelulusan MAL KKM?
Formulasi asal Asmak Herbs sudahpun mendapat kelulusan MAL KKM sejak 1997 lagi. Tetapi disebabkan pemindahan formulasi kepada MHAM, kami perlu memohon semula MAL dengan nama Asmak Herbs dan kini permohanan sedang dalam proses.

Monday, February 27, 2017

Anda Dah Tahu 5 Mitos Terkenal Mengenai Asma?




Jangan tak tahu ya, ada 5 mitos terbesar mengenai asma yang selalu berlegar-legar di dalam masyarakat. Jom kita tengok satu persatu:


#1 Asma Hanyalah Penyakit Psikologi

Ada ramai orang (terutamanya pengamal rawatan tradisional) yang berpendapat bahawa asma hanyalah penyakit yang berkaitan minda sahaja. Maksudnya, kalau berhenti berfikir pasal asma, boleh terus sembuh. Itu salah! Asma adalah penyakit berkaitan salur pernafasan, dan perlu rawatan.


#2 Diet Susu Boleh Melegakan Asma

Dahulu pernah popular bahawa susu soya boleh melegakan asma. Tapi kajian yang diterbitkan pada 25 May 2015 menyatakan tiada bukti susu soya boleh menyumbang kepada kelegaan asma.


#3 Ubat Asma Semakin Lama Semakin Tak Berkesan

Salah! Semakin lama ubat digunakan, semakin efektif untuk melegakan asma, kerana badan mengambil masa yang lama untuk “bekerjasama” dengan ubatan.


#4 Ada Asma, Tak Boleh Bersenam

Ini pun tak tepat juga. Senaman ada bermacam-macam jenis. Pilih yang sesuai dengan tahap asma masing-masing.

#5 Asma Semakin Elok Bila Umur Meningkat

Tak semestinya. Banyak bergantung kepada rawatan yang anda ambil. Tapi memang ada kes terpencil di mana ada yang sembuh apabila menginjak dewasa.



#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak


dikongsi oleh : 

Fiza (SA00412)
0132504890 

Dapatkan Minyak Herba AsmaK untuk membantu melegakan asma!

Testimoni Asmak Herbs























KESILAPAN PALING BIASA SEMASA MENGGUNAKAN INHALER



Anak akak guna inhaler? Doktor pernah ajar cara-cara guna inhaler dengan betul tak?


Hah, ini yang ramai orang terlepas pandang ni. Inhaler memang perlu untuk waktu kecemasan, tapi kalau guna dengan cara yang tak betul, dah tak berapa menjadi nanti.


Di bawah ni Izah dah tuliskan cara-cara dan step yang betul semasa menggunakan inhaler. Baca baik-baik dan share ya ;)


Goncang inhaler tu beberapa kali
Buka penutup dan pegang inhaler dengan terbalik
Dongak sedikit dan HEMBUS NAFAS (yang ni ramai tak buat)
Masukkan bukaan sprayer inhaler tu ke dalam mulut dan kemam dengan rapat.
Tekan spray, lepas, dan kemudian sedut nafas dalam-dalam melalui mulut dengan cepat.
Cuba tahan nafas dalam kiraan 10 saat.
Jika masih berterusan, ulang kembali dari langkah pertama





#info by MHAMSB #minyakherbaasmak

Sunday, February 26, 2017

INHALER ADA BANYAK JENIS, ANDA GUNA YANG MANA SATU?


Yes, memang betul. Inhaler ada macam-macam jenis dan fungsi. Dan biasanya jenis-jenis inhaler ni dapat dibezakan dengan warna penutup ni.

Kalau kita ada anak kecil yang menhidap asma, kita nak standby inhaler yang mana satu? Sebab kalau tersalah pilih inhaler, lain jadinya nanti.

Hari ni Izah nak cerita pasal jenis-jenis inhaler yang terdapat di pasaran.

1# Reliever (short-acting)

Inhaler jenis ni biasanya berpenutup warna biru pekat. Inilah inhaler yang paling popular dan paling banyak digunakan. Kalau nak tahu, inhaler ni lah yang paling sesuai untuk waktu-waktu kecemasan, sebab kesannya pantas. Tapi tak sesuai untuk serangan asma yang lama.

2# Controller (long-acting)

Inhaler jenis controller ni tak sesuai untuk waktu-waktu kecemasan, sebab fungsi dia lambat sedikit. Kalau tanda-tanda serangan asma tu tak berapa jelas dan teruk, bolehlah pakai.

Tapi kalau serangan asma tu lama, selepas pakai yang reliever bolehlah pakai yang ni.

Biasanya inhaler ni penutup dia warna biru cair.

3# Preventer

Kalau nampak inhaler yang penutup dia warna merah, haa..itu lah dia inhaler dari jenis preventer. Kesan dia tak nampak sekarang, tapi boleh rasa dalam jangka masa panjang. Fungsi dia untuk mencegah serangan asma, tapi cuma sebagai ikhtiar je. Untuk mencegah ye, bukan untuk memulihkan.

Kesimpulannya, tugas inhaler ni cuma sebagai melegakan saja, bukan untuk memulihkan. Dan cara-cara menggunakan inhaler pun ada teknik-teknik dia, bukan sebarangan je. Kalau Izah nak terangkan, ada yang nak baca ke? Kalau ada nanti Izah cerita lagi.

#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Saturday, February 25, 2017

BERAPA RAMAIKAH PENGHIDAP ASMA DI KALANGAN ANAK-ANAK KITA?


Gambar di bawah ni menggambarkan apa yang berlaku pada tahun 2006, di US. Ini pada tahun 2006, 10 tahun lepas. Agaknya macam mana situasi sekarang ya?


Lagi satu perkara yang merungsingkan pasal asma sekarang, adalah ibu bapa sendiri yang tak mahu melaporkan kepada guru mengenai masalah anak-anak mereka. Nanti ada masa Izah cerita pasal effect asma ni kepada prestasi anak-anak semasa belajar.



#info by MHAMSB #minyakherbaAsmak #rndteknologinano


KENAPA BAYI SUSAH TIDUR PADA WAKTU MALAM?


.


Ramai ibu bapa yang menghadapi masalah ini. Bukan sekali Izah dengar, tapi dah berkali-kali. Nak kata tak buat ikhtiar, dah macam-macam buat. Tapi si kecil tetap menangis, especially waktu malam.

Salah satu sebab utama ialah kerana susah hendak bernafas. Baby kalau boleh beritahu, dah lama dia beritahu. Tapi disebabkan kerana tak mampu nak berkata-kata, maka baby cuma boleh menangis je lah.


Baby perlukan tidur sekurang-kurangnya 12 jam pada waktu malam, dan 3-4 jam pada waktu siang. Bila tidurnya terganggu, segala perkembangan baby tersebut akan terjejas, terutamanya perkembangan otak.


Akak-akak nak tahu satu info yang tak enak didengar? Saluran pernafasan yang sempit pada baby merupakan satu tanda yang tak normal. Baby yang normal tak sepatutnya ada masalah pernafasan tidak teratur, yang menyebabkan tidur mereka terganggu. Kalau siap ada batuk dan kahak, lagi teruk.


Apatah lagi jika ada doktor yang menyatakan bahawa salur pernafasan yang tak normal tu tanda penyakit-penyakit lain..Na’uzubillah..


#info by MHAMSB #minyakherbaasmak

Friday, February 24, 2017

DULU TAK PERNAH ADA RESDUNG. SEKARANG MAKIN TERUK


Pernah dengar kisah macam tu? Orang yang dari kecil tak pernah ada resdung, tiba-tba dah besar resdung pun timbul. Yang peliknya, resdung tum akin teruk bila penyakit asma pun makin teruk.


Ya akak-akak, resdung memang ada kaitan rapat dengan asma. Bila penyakit asma sudah makin teruk, saluran pernafasan yang tersumbat tu boleh menyebabkan jangkitan kuman resdung. Sebab tu lah resdung ni sangat normal pada orang yang ada asma.


Salah satu tanda resdung ni dah makin teruk bila ada mukus atau lendir yang susah nak hilang dari dalam hidung.


Resdung ni susah nak dihilangkan. Tapi cara yang paling mudah adalah dengan mencegah asma dahulu. Bila asma dah makin reda, dengan perlahan-lahan resdung pun akan main reda juga.



#info by MHAMSB #minyakherbaasmak

Thursday, February 23, 2017

KELEBIHAN TANAH LIAT UNTUK MERAWAT PENYAKIT KULIT


.


Siapa pernah guna tanah liat untuk rawat dan jaga kulit muka?

Tanah liat ni ada 1001 khasiat yang ramai sangat orang terlepas pandang. Sama ada tak tahu atau ambil ringan. Hakikatnya, tanah liat lebih baik daripada losyen kulit yang ada kat pasaran sekarang.


Izah akan senaraikan 5 benda yang tanah liat ni boleh buat kat kulit kita. Tapi hari ni Izah nak cerita pasal ekzema dulu ya.


Khasiat #1 Merawat Ekzema


Kalau akak nak tahu, tanah liat ni boleh melegakan dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit dari ekzema. Setakat ni, tak ada lagi ubat dari farmasi yang ada fungsi ni. Kalau ada pun, harganya beratus. Mahal.


Bila serbuk tanah liat yang halus tu terkena pada kulit, secara automatic sel-sel bakteria dan toksin tu akan melekat kat tanah liat tu dan membersihkan kulit.


Nak berita baik lagi? Kalau kulit akak ada alergi, tanah liat ni memang paling sesuai untuk merawat kulit.



#info by MHAM #bedakasma

Wednesday, February 22, 2017

ORANG MANDI GUNA SABUN, DIA GUNA TANAH LIAT. GILA!!


.


Baru saya tahU, ada satu acara yang biasa disambut di negara-negara Eropah, di mana mereka akan mandi lumpur beramai-ramai sebagai tanda menghargai kecantikan yang diberikan tuhan.

Izah juga baru tahu yang di Malaysia, cuma ada satu je tempat yang boleh dikunjungi jika mahu merasai mandi lumpur. Iaitu di Sabah.


Persoalannya sekarang, kenapa orang suka sangat mandi lumpur? Bagus sangat ke lumpur ni? Tak nampak kotor ke?


Jawapannya mudah je. Sebab molekul tanah liat yang ada di dalam lumpur tu boleh melekat dengan bahan-bahan toksin yang terdapat di permukaan kulit. Dengan kata lain, lumpur ni sebenarnya mampu membersihkan toksin yang ada di dalam badan kita. 


Tak hairanlah terdapat orang di selatan Indonesia yang makan tanah liat sebagai alternatif perubatan.


Jikalau anda rasa susah nak ke Sabah untuk mandi lumpur, Izah cadangkan anda gunakan bedak yang menggunakan tanah liat sebagai bahan utama.



#info by MHAMSB #bedakasma'

Tuesday, February 21, 2017

7 Perkara Ini Yang Akan Membuatkan Asma Anda Makin Teruk


Sejarah Asma Dalam Keluarga (Family History)
Jika salah seorang dari suami/isteri ada penyakit asma, peluang untuk anak menghidap asma adalah agak cerah.

Jantina dan Umur
Asma adalah lebih ketara pada peringkat umur kanak-kanak. Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, anak lelaki lebih mudah terkena asma

Alergik
Jika anak anda ada alergi terhadap perkara yang menyebabkan serangan asma, maka risiko serangan asma akan meningkat.

Merokok
Tanpa perlu diterangkan lagi, tiada kebaikan yang boleh didapati dari amalan merokok. Anda sakit, anak menderita.

Pencemaran Udara
Mereka yang tinggal di bandar lebih mudah terkena serangan asma disebabkan udara yang tercemar.

Obesiti
Pakar menjelaskan, obesiti akan menyebabkan badan lebih mudah terkena keradangan dan seterusnya menyebabkan serangan asma.

Jangkitan Virus Di Peparu
Jangkitan di peparu seperti pneumonia sememangnya akan menyebabkan asma semakin kronik. Amalkan cara hidup yang bersih.
.
.
#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Monday, February 20, 2017

SANGGUP KE NAK BUANG KUCING JAUH-JAUH?


 


Semalam Izah ada cerita pasal debunga sebagai penyebab alahan kepada penghidap asma kan? Hari ni Izah nak sambung cerita lagi, tapi kali ni pasal lain pula.

Akak-akak pernah dengar yang kucing boleh menyebabkan asma? Yes, kucing dan haiwan-haiwan lain boleh mendatangkan bahaya kepada penghidap asma.

Ada yang menyangka bulu kucing adalah satu-satunya faktor penyebab kenapa haiwan tersebut berbahaya kepada penghidap asma. Tapi sebenarnya lebih dari tu.

Kalau akak nak tahu, SEL KULIT MATI dan AIR LIUR haiwan pun boleh menyebabkan alahan juga ya. Bukan setakat bulu semata-mata.

30% dari penghidap asma boleh diserang asma apabila terdedah kepada haiwan dan bahan buangan mereka (bulu, sel kulit mati, najis)

Akak-akak yang baik semua, ada tak di sini yang ada asma tapi masih boleh bela kucing lagi? Boleh cerita macam mana akak buat untuk elak dari serangan asma tu? Kita share ya.

#INFO BY MHAMSB

Bersin Memanjang Yang Merimaskan



Aachhuuu! Aaaaacchhuuuu…! Bergegar satu rumah dibuatnya.

Baru bersin, dia bersin lagi. Begitulah rutin anak yang ada resdung setiap pagi. Kuat pula bersinnya. Banyak kali. Macam nak tercabut hidung tu.

Masalah ini bagai tiada penghujung. Lendir tebal di hidung pasti membuatkan anak susah nak bernafas.

Kita yang terpaksa dengar bersin dia tu setiap pagi pun mesti rimas juga kan?

Nak tahu apakah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan symptom resdung?
Secara semulajadi tau. Tak ada guna bahan merbahaya pun.
.
Baca tips-tips berikut:


1. Beri anak minum air yang banyak
Minum air mineral untuk mendorong lendir itu keluar. Elakkan memberi anak-anak minum air yang bergula kerana ia akan mengundang lendir yang menebal.
.
2. Wapkan muka
Caranya adalah panaskan air dengan garam. Garam bukit adalah pilihan yang terbaik. Tutup api selepas air mendidih. Masukkan air tersebut ke dalam mangkuk besar. Hadapkan muka anak lebih kurang 30cm dari paras air. Bernafas seperti biasa.
.
Untuk lebih berkesan, selubungkan kepala anak dengan tuala. Buat selama 15 minit. Amalkan 3 kali sehari hingga reda.

3. Tuala suam di muka
Jika anak itu terlalu penat sehingga tidak boleh wapkan muka. Gunakan air yang suam-suam panas dan rendamkan tuala. Perah air dan letakkan tuala menutupi muka anak.
.
Cara ini membantu lendir terkumpul untuk dikeluarkan. Lebih-lebih lagi di bahagian bawah mata dan kawasan hidung.

4. Menggunakan lidah buaya
Dengan sifat antiseptiknya, lidah buaya mempunyai khasiat untuk mengurangkan resdung. Cara memakainya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya ke dalam hidung.
.
Untuk kesan yang lebih cepat, rebus lidah buaya dan beri anak minum secara konsisten. Pastikan lidah buaya yang digunakan kurang dari umur 2 tahun.

5. Menyapu Minyak Herba Asmak
Ini merupakan cara yang paling mudah. Anak pun tak meraung jika gunakan cara ini. Hanya perlu sapukan minyak herba asmak ke dalam hidung, atas hidung hingga ke ubun-ubun. InsyaAllah resdung atau bersin-bersin itu akan beransur lega.

Dengan izinNya, salah satu ikhtiar ini akan mengurangkan resdung anak. Anak dapat bernafas seperti biasa, ibu pun senang hati.

#MinyakHerbaAsmak

Dikongsikan oleh

Nurhafizah Ibrahim

SA00412



Sunday, February 19, 2017

ADAKAH ANDA SUDAH TERKENA RESDUNG






Seperti yang dijanjikan, Izah akan cerita lagi pasal tanda-tanda resdung yang mungkin anda tak sedar.
.
Tanda-tanda resdung seakan-akan penyakit lain, seperti selesema dan demam.
.
Hidung tersumbat
Batuk
Sakit kepala atau muka
Jerawat pada muka
Selesema yang berpanjangan
Hidung berbau busuk
Demam
Letih dan lesu
Hilang deria rasa dan bau
Batuk teruk (terutamanya pada waktu malam)
.
Ada tanda-tanda tersebut terjadi pada anda? Jika ada, cuba check dengan doktor ya ;)
.
.
#info by MHAMSB #MinyakHerbaAsmak