Monday, February 20, 2017

SANGGUP KE NAK BUANG KUCING JAUH-JAUH?


 


Semalam Izah ada cerita pasal debunga sebagai penyebab alahan kepada penghidap asma kan? Hari ni Izah nak sambung cerita lagi, tapi kali ni pasal lain pula.

Akak-akak pernah dengar yang kucing boleh menyebabkan asma? Yes, kucing dan haiwan-haiwan lain boleh mendatangkan bahaya kepada penghidap asma.

Ada yang menyangka bulu kucing adalah satu-satunya faktor penyebab kenapa haiwan tersebut berbahaya kepada penghidap asma. Tapi sebenarnya lebih dari tu.

Kalau akak nak tahu, SEL KULIT MATI dan AIR LIUR haiwan pun boleh menyebabkan alahan juga ya. Bukan setakat bulu semata-mata.

30% dari penghidap asma boleh diserang asma apabila terdedah kepada haiwan dan bahan buangan mereka (bulu, sel kulit mati, najis)

Akak-akak yang baik semua, ada tak di sini yang ada asma tapi masih boleh bela kucing lagi? Boleh cerita macam mana akak buat untuk elak dari serangan asma tu? Kita share ya.

#INFO BY MHAMSB

No comments:

Post a Comment