Friday, February 3, 2017

JANGAN BAWA ANAK BERMAIN DI LUAR RUMAH!



Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua.



Saya Izah, dan mulai hari Jumaat yang mulia ni, saya akan berkongsi info-info mengenai asma kepada semua ;)

Akak semua dah tahu kan, ada banyak benda yang boleh menyebabkan asma datang menyerang. Tapi, tahu tak setiap benda tu berbeza tahap risiko dia? Ada yang biasa-biasa, ada yang bahaya.


Dan, benda-benda tu semua ada di sekeliling rumah kita. Dalam rumah ada, di luar rumah pun ada.


Hari ni, kita cerita pasal debunga (pollens). Bahaya macam mana debunga ni ya?


Survey di US mengatakan, 53.5% penghidap asma mempunyai alahan kepada debunga. Bahasa mudahnya, separuh penghidap asma boleh diserang asma bila berada di luar rumah yang persekitarannya terdapat banyak pokok bunga.


Apa pendapat akak-akak semua? Dari pengalaman akak-akak, ada yang nak kongsi penyebab-penyebab asma yang lain?




#info by MHAMSB


No comments:

Post a Comment