Wednesday, October 31, 2018

Apa Beza Asma Kanak-Kanak Dengan Asma Orang Dewasa?.


Secara general, simptom dan punca serangan asma di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa adalah sama.
.
Jadi, apa yang bezanya?
.
Yang berbeza adalah kekerapan serangan berlaku. Serangan asma di kalangan kanak-kanak berlaku sekali-sekala. Manakala serangan asma di kalangan dewasa pula adalah lebih kerap.
.
Dengan kata lain, asma yang tidak dirawat semasa kecil akan menjadi lebih teruk apabila kanak-kanak tersebut menginjak ke dewasa.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Tuesday, October 30, 2018

Buah-buahan berkhasiat untuk ibu mengandung

Buah-buahan yang berkhasiat dan terbaik untuk ibu mengandung. Makan buah ni bagus. Terutama utk penghadaman, khasiat utk bafan dan bayi. Juga untuk mengelak sembelit.

Thursday, October 25, 2018

Tanda-tanda resdung

Tidak banyak orang yang sedar mengalami resdung pada awalnya sebab memang tandanya pun hanya berupa masalah kecil. Inilah beberapa tanda-tanda resdung yang perlu anda tahu:

📌Di awal, akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
📌Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
📌Bersin-bersin, pilek, dan selsema. Merupakan jangkitan saluran pernafasan atas.
📌Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
📌Sakit gigi.
📌Sakit kepala.
📌Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
📌Hidung bernafas dan tersumbat.
📌Nafas bau.
📌Mata gatal.
📌Tidur mendengkur.
📌Rambut ada kelemumur.
📌Timbul jerawat.
📌Bertindakbalas pada makanan terperap dan suhu sejuk.
.
.
Jom rawat resdung anda dengan Asmak Herbs dan Minyak Herba Asmak. Cuba lah! Mana tahu berkesan😊😊
.
.
PM sekarang

Wednesday, October 24, 2018

Cara Mudah Hilangkan Hingus Dengan Sekaligus


Bila hingus dah terlalu banyak dalam hidung, semestinya rasa tak selesa kan. Nak tahu tak teknik untuk hilangkan hingus dengan mudah tanpa apa-apa peralatan? Mudah je.
.
Caranya, baring dengan terlentang di atas katil, dengan kepala di pinggir katil. Seluruh badan dari bahu sehingga ke kaki berada di atas katil. Cuma kepala saja di luar katil. Pastikan kepala lebih rendah dari badan.
.
Bila anda berbuat begitu selama beberapa saat (cuba buat selama 30-45 saat), anda akan dapat rasa cecair di dalam hidung turun secara perlahan-lahan. Bila dah dapat rasa macam tu, cepat-cepat ambil tisu atau sapu tangan dan hembus. Percayalah, hasilnya sangat memuaskan ;)
.
.
#infobyMhamsb #MinyakHerbaAsmak

Wednesday, October 10, 2018

*ADAKAH RESDUNG BOLEH BERJANGKIT?*


Bergantung kepada keadaan, resdung boleh berjangkit dan juga tidak berjangkit. Jika resdung tesebut disebabkan oleh virus resdung, maka terdapat risiko orang lain terkena jangkitan tersebut melalui udara, batuk dan sebagainya.
.
Akan tetapi, jika resdung tersebut disebabkan bakteria, maka resdung tersebut biasanya tidak boleh berjangkit kepada orang lain, dan hanya berada pada orang asal sahaja.
.
Ada juga resdung yang disebabkan genetik, dan tak semua orang di dalam keluarga tersebut akan mempunyai resdung.
.
Apakah cara lain resdung boleh dipindahkan dari seorang kepada seorang yang lain?
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak