Monday, September 24, 2018

PETUA BERNAS UNTUK IBU MUDA: KEMBUNG PERUT PADA BABY


Baby merupakan makhluk comel yang banyak angin. Jangan terkejut bila dengar fakta yang baby kentut 13-21 kali sehari. Normal je tu.
.
Tapi kenapa banyak sangat anginnya? Haa..itu yang menjadi tanda tanya. Lazimnya, angin masuk ke perut baby melaui beberapa cara.
.
➡Melalui menyusu, sama ada breastfeeding atau botol susu
➡Menangis yang berterusan
➡Tidur dengan mulut terbuka dan kipas terpasang
.
Bila dan kembung perut, maka menangislah baby tu. 
.
Bagaimana Mencegah Kembung Perut Pada Baby?
.
✅ *Periksa cara menyusukan baby* – Pastikan semasa menyusukan anak, kepala baby lebih tinggi dari perut. Dengan itu, susu akan terus masuk ke dasar perut dan angina pula akan naik ke atas dan keluar melalui sendawa.

✅*Sendawakan baby anda* – lepas baby habis menyusu, telangkupkan tetap pastikan kepala baby lebih tinggi dari badannya, dengan perut baby diletak di atas peha. Urut belakang baby sampai sendawa.

✅*Tukar peralatan menyusu jika tak sesuai* – Jika masih pakai putting susu yang biasa, apa kata tukar kepada yang anti-cholics. Putting anti-cholics akan mencegah angina masuk ke dalam perut baby semasa menyusu.

✅*Exercise baby dengan kasih sayang* – Sapukan minyak angin, dan baringkan baby dengan terlentang. Kayuhkan kakinya seolah-olah dia sedang menunggang basikal. Mandian suam juga boleh membantu dia melepaskan gas berlebihan di dalam perut.
.
Selamat mencuba! ;)

#infobyMHAMSB #minyakherbaasmak

KENAPA TERLALU BANYAK PANADOL TAK BAIK UNTUK KESIHATAN


Biasanya, kalau sakit kepala apa yang terlintas di fikiran? Mesti Panadol kan? Yes, dulu pun saya memang terlalu bergantung kepada Panadol bila sakit kepala. Asal sakit kepala je mesti cari Panadol. Itu tak campur lagi dengan selesema dengan demam lagi. Ajaib betul Panadol ni kan. Semua boleh rawat.

*TAPI…*

*Food and Drug Administration (FDA)*, iaitu badan rasmi yang mengawal selia makanan serta ubat-ubatan di seluruh dunia telah memberi amaran pada tahun 2014 mengenai bahaya jika terlalu bergantung dengan Panadol. Kenapa ya?

Panadol mempunyai kaitan dengan sakit jantung, di mana ia mampu menyembunyikan rasa sakit jantung. Bila orang yang sihat tak rasa sakit, maka dia takkan dapat tahu yang dia ada masalah jantung. Padahal rasa sakit tu adalah petanda awal.

Selain itu, ada banyak lagi masalah kesihatan yang timbul akibat penggunaan Panadol. Next time saya akan cerita lagi. Stay tuned ya 😘

#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

Thursday, September 13, 2018

*KESILAPAN PALING BIASA SEMASA MENGGUNAKAN INHALER*


Anak akak guna inhaler? Doktor pernah ajar cara-cara guna inhaler dengan betul tak?
.
Hah, ini yang ramai orang terlepas pandang ni. Inhaler memang perlu untuk waktu kecemasan, tapi kalau guna dengan cara yang tak betul, dah tak berapa menjadi nanti.
.
Di bawah ni saya dah tuliskan cara-cara dan step yang betul semasa menggunakan inhaler. Baca baik-baik dan share ya ;)
.
✅Goncang inhaler tu beberapa kali
✅Buka penutup dan pegang inhaler dengan terbalik
✅Dongak sedikit dan HEMBUS NAFAS (yang ni ramai tak buat)
✅Masukkan bukaan sprayer inhaler tu ke dalam mulut dan kemam dengan rapat.
✅Tekan spray, lepas, dan kemudian sedut nafas dalam-dalam melalui mulut dengan cepat.
✅Cuba tahan nafas dalam kiraan 10 saat.
✅Jika masih berterusan, ulang kembali dari langkah pertama

.
.
#infobyMHAMSB #minyakherbaasmak

Wednesday, September 5, 2018

*KELEBIHAN TANAH LIAT UNTUK MERAWAT PENYAKIT KULIT*


Siapa pernah guna tanah liat untuk rawat dan jaga kulit muka?
.
Tanah liat ni ada 1001 khasiat yang ramai sangat orang terlepas pandang. Sama ada tak tahu atau ambil ringan. Hakikatnya, tanah liat lebih baik daripada losyen kulit yang ada kat pasaran sekarang.
.
Say akan senaraikan 5 benda yang tanah liat ni boleh buat kat kulit kita. Tapi hari ni saya nak cerita pasal ekzema dulu ya.
.
Khasiat #1 Merawat Ekzema
.
Kalau akak nak tahu, tanah liat ni boleh melegakan dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit dari ekzema. Setakat ni, tak ada lagi ubat dari farmasi yang ada fungsi ni. Kalau ada pun, harganya beratus. Mahal.
.
Bila serbuk tanah liat yang halus tu terkena pada kulit, secara automatic sel-sel bakteria dan toksin tu akan melekat kat tanah liat tu dan membersihkan kulit.
.
Nak berita baik lagi? Kalau kulit saya ada alergi, tanah liat ni memang paling sesuai untuk merawat kulit.
.
.
*#infobyMHAMSB* *#bedakasmak*